Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 25, 2021 @ 7:41am

Kejohanan Pertama Ejen Ali Agents’ Arena Dimenangi oleh Trio Berusia 15 Tahun dari Kedah

Trio berusia 15 tahun dari Kedah dinobatkan sebagai pemenang sulung Kejohanan Ejen Ali Agents’ Arena 2021 yang diadakan pada minggu lepas.

Ejen Ali Agents’ Arena yang merupakan siri terbaharu dari rangkaian permainan mudah alih Ejen Ali dan permainan MOBA mudah alih pertama negara telah mengadakan kejohanan sulungnya pada hujung minggu lalu bersempena dengan Festival Kreativiti Digital Malaysia (MYDCF) oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menawarkan hadiah terkumpul RM10,000.

Disaksikan oleh ratusan ribu penonton di saluran YouTube Ejen Ali dan TikTok MyGameOn, kejohanan sulung Ejen Ali Agents’ Arena dimenangi oleh Rusuh Gank, sebuah pasukan yang terdiri daripada tiga remaja berusia 15 tahun dari Kedah yang membawa pulang hadiah utama RM5,000.

Pasukan berbakat ini terdiri daripada Megat Ahmad Muizzuddin Megat Ismail Bashir juga dikenali sebagai muzOP yang bertindak sebagai kapten pasukan, bersama rakan sepasukan Muhammad Shafi Soffian atau Kazuya dan Muhammad Syamil Mohamad Sayuthi atau Wannnnchuk.

Ketua Rangkaian Permainan REV Media Group, Adrian Lai berkata, “Kejohanan Ejen Ali Agents’ Arena yang pertama kali diadakan adalah satu kejayaan dan telah melangkaui semua jangkaan. Tahniah kepada semua pemenang!

“Slot pendaftaran telah diisi hanya dalam beberapa hari, menandakan minat masyarakat yang kuat terhadap permainan ini serta potensinya sebagai tajuk e-sukan mudah alih yang terulung. Jumlah penonton strim langsung kejohanan yang menggalakkan ini juga menunjukkan bahawa permainan ini bersedia untuk menarik lebih ramai pemain ke dunia Ejen Ali.”

Pengarah Kandungan Kreatif Digital MDEC, Mohan Low berkata, “Matlamat kami tetap kekal ke arah menjadikan Malaysia sebagai hab kandungan digital dan permainan serantau. Sejajar dengan itu adalah untuk kami menonjolkan, mengiktiraf dan menyokong bakat dan IP Malaysia yang sangat berpotensi besar.

Ejen Ali: Agents’ Arena adalah sebuah permainan yang sangat berpotensi untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan REV Media Group atas kejayaan pengelolaan acara yang berjaya ini“, tambahnya lagi.

Rusuh Gank mendominasi seluruh kejohanan, sebelum muncul juara dengan menewaskan Pasukan Toska dengan kemenangan 3-0 pada perlawanan akhir.

muzOP mempamerkan kehebatannya dengan menggunakan karakter Khai manakala Kazuya pula menunjukkan kehebatannya menggunakan Ejen Ali. Wannnnchuk pula melengkapi pasukan dengan penggunaan karakter Alicia.

Jangan lupa untuk mencuba Ejen Ali: Agents’ Arena sendiri! Muat turun Ejen Ali: Agents’ Arena di Google Play Store dan Apple App Store sekarang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 Aug 2022
Featured Wed, 16 Apr 2025

Angkat Tema Rock Balada, OST Blood Brothers ‘Bara Jiwa’ Tampil Gandingan Mantap Azlan Typewriter & Muaz Velvettones

Selari dengan tema dan emosi filem, Bara Jiwa menjadi suara batin yang membakar semangat watak-watak utama.

Featured Tue, 20 Jan 2026

“Kami Cerai Sebab Lain & Saya Boleh Cakap Nabila Tak Pernah Kurang Ajar” – Sharnaaz Ahmad

Istilah ” takut bini’ tak ada kena mengena dengan punca perceraiannya.

Featured Tue, 27 Sep 2022

[VIDEO] Selepas Tular Harga Jam Mewah RM4 Juta… Fazura Kongsi Foto OOTD, Tapi Jenama Beg Dikaburkan 

Simple je ootd Faz, tapi terpegun min tengok beg tangan aktres jelita ni 😚😚 Ramai kata jenama Hermes tuu 🤩🤩

Trending Tue, 30 Jan 2024

Fathia Latiff Dedah Punca Dendam Dengan Zahirah Macwilson & Aiman Hakim?

Allahu kalau kena kat diri sendiri pun sedih diperlakukan macam tu..

Featured Tue, 14 Apr 2026

Dalam Duka Kehilangan, Bapa Pelajar Maut Dirempuh Kereta Depan Surau Reda Ketentuan Takdir – “Saya Maafkan Guru Itu”

Bapa Nur Fatimatul Hawa menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut.

Featured Fri, 11 Oct 2024
Kes Mahkamah Thu, 4 Apr 2024
error: Content is protected !!