Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 18, 2025 @ 1:16pm

Usahawan Puji Intan Najuwa Artis ‘A-List’, Merendah Diri – “Sebak Dia Datang Restoran Saya Di London, Bagi Discount Pun Tak Nak”

Pelakon, Datin Intan Najuwa menjadi bualan hangat di media sosial apabila seorang usahawan, Nabilah Nazib, meluahkan rasa sebak selepas selebriti itu berkunjung ke restoran makanan Jawa miliknya di London.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Nabilah yang juga pengasas produk rambut SugardollbyNN memuji Intan atau pemilik nama sebenar, Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, sebagai seorang selebriti ‘A-List’ yang cukup merendah diri.

“Hari ini Intan Najuwa datang ke kedai kecil kami, Java Fusion di Acton, London. Bila jemput, saya tak pasti dia sudi atau tidak, sebab lokasi kedai kami agak jauh dari central London. Tapi dia hadir bersama suami.

“Dia tak mahu terima diskaun, tetap bayar penuh malah siap kongsi di Instagram lagi. Sebaknya rasa. Intan bukan sahaja artis ‘A-List’, tapi juga seorang yang baik, rendah hati dan kawan yang sangat baik,” tulisnya.

 

View on Threads

 

Namun begitu, ada segelintir netizen mempertikaikan gelaran ‘A-list’ selebriti itu terlalu besar buat Intan Najuwa.

Di maklum balas threads tersebut, Nabilah membalas komen netizen yang tidak bersetuju dengan pendapatnya yang menganggap Intan artis ‘A-list’.

“She is kind, her influence is A-list. God knows how things sold out after her shout out. She is an amazing friend and human being.

“If ‘A-list’ for you have 1000 awards, she hold infinity awards to everyone close to her and her fans. Kalau award kat Malaysia ni boleh beli juga,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 18 Sep 2022
Featured Wed, 7 Sep 2022

[VIDEO] “Macam P Ramlee & Cik Tipah, Klasik Sangat!” – Netizen Teruja Tonton Lakonan Fazura & Fattah Amin

Wowwww 🤩🤩🤩 Sukanya min tengok pasangan sejoli ni berlakon ala-ala macam dalam filem Allahyarham P Ramlee 🤩🤩 Terbaikk, suara Faz macam Cik Pah!

Featured Tue, 8 Aug 2023
Hiburan Mon, 24 Jul 2023
Hiburan Tue, 1 Oct 2019
Hiburan Sun, 18 Feb 2018

16组令人难以置信「他们竟然是同年龄」的明星

外国人通常看起来会比我们亚洲人还老,但是有些同年龄的名人看起来真的是相差甚远,很难相信他们已经在同一个地球一起生长了许多年,就让我们来看看这些会让你难以置信的同年龄明星吧!

Trending Tue, 3 Jul 2018

Puteri Jepun Ini Sanggup Gadaikan Status Dirajanya Untuk Mengahwini Rakyat Biasa

Demi cinta, dia rela kehilangan darjat dan harta. Anda sanggup?

Featured Fri, 30 Sep 2022

[VIDEO] Berpakaian Menjolok Mata, Dolla Minta Maaf – “Kami Tersilap Pandang”

Kesian Dolla, apapun mereka dah tampil mohon maaf. Berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini 😊 Btw congrats Dolla & Naim Daniel untuk lagu duet baru! Min luvvvv ❤️❤️

error: Content is protected !!