Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 28, 2024 @ 7:57pm

Kenyataan Berunsur Fitnah, Chef Wan Kekal Bayar Ganti Rugi Cecah RM150,000 Kepada Bekas Menantu

Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan kekal diperintah untuk membayar ganti rugi berjumlah RM150,000 kepada bekas menantu, Gavin Edward O’Luanaigh berhubung penerbitan berunsur fitnah terhadap lelaki itu di platform media sosial.

Memetik laporan Kosmo, panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli memerintahkan Chef Wan membayar kos RM5,000 selepas permohonan kebenaran rayuan di Mahkamah Persekutuan dibatalkan.

Chef Wan yang diwakili peguam Nur Adilah Nabilah memfailkan permohonan kebenaran merayu terhadap Mahkamah Rayuan yang memerintahnya membayar ganti rugi RM150,000 kepada bekas menantu.

Pada 26 Jun lalu, panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Azizah Nawawi yang bersidang bersama-sama Datuk Lim Chong Fong dan Datuk Wong Kian Kheong membenarkan rayuan Gavin untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menyatakan kenyataan Chef Wan tidak memfitnahnya.

Ketiga-tiga panel itu turut memerintahkan Chef Wan membayar RM150,000 sebagai ganti rugi am, teruk dan teladan kepada bekas menantunya dan kos RM40,000 untuk prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Mahkamah turut memerintahkan injunksi kekal terhadap selebriti ini yang melarang Chef Wan daripada memuat naik sebarang kenyataan yang memfitnah bekas menantunya.

Bukan itu sahaja, Chef Wan turut diperintah untuk membayar faedah lima peratus setahun atas jumlah penghakiman bermula dari tarikh saman difailkan sehingga tarikh penyelesaian penuh.

Pada Februari 2021, Gavin memfailkan saman terhadap Chef Wan mendakwa selebriti ini memuat naik hantaran berbaur fitnah.

Gavin berkahwin dengan anak Chef Wan, pelakon Derina Redzuawan pada 2010 namun berpisah pada Ogos 2017.

Sumber: KOSMO! ONLINE

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 24 May 2018

Raja Perlis Murka

Menurut Baginda, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit berada di Perlis ketika jemputan dihantar kepada mereka dua hari lalu

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

Heo’s Diner: Pengembaraan Kulinari Merentas Mara Yang Penuh Misteri & Keajaiban!

Tayangan serentak dengan Korea, Heo’s Diner hanya di Tonton

Hiburan Tue, 16 Jun 2026

“Dahsyat Betul Membenci Saya…” – Khairul Aming Terkilan Ada Yang Menanti Kejatuhannya

Menurut Khairul, dia terkejut melihat ada pihak yang terlalu cepat membuat kesimpulan dan seolah-olah menantikan kegagalannya.

Featured Wed, 16 Jul 2025

“Satu Sen Duit Aku Yang Kau Hidangkan Untuk Anak Bini Makan, Aku Haramkan!”- Azizul Ammar Dedah Bukti Jadi Mangsa ‘Hutang’ Stesen TV

Ammar meluahkan rasa kecewa apabila dia juga menjadi mangsa ‘penipuan’ stesen televisyen sama.

Hiburan Wed, 4 Oct 2023

Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Mengaku Tidak Bersalah Atas Dakwaan Cabul Bekas Penyampai Berita Popular

Allahuakbar, nak bekerja pun takut dah sekarang ni macam tu je kena cabul 😭

Hiburan Sun, 24 Mar 2019
error: Content is protected !!