Euforia Bola 2026
Trending By: Ad Ops July 11, 2018 @ 2:00pm

Lepas Aliff Syukri, Aliff Aziz Pula Kongsi Video Isterinya Bersalin Tapi Mesejnya Menyayat Hati

Pada 25 Jun lalu, netizen meluahkan rasa kurang senang apabila Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman memuat naik video isterinya Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid yang sedang melahirkan anak bongsu mereka.

Menurut netizen, dia telah membuka aib isterinya kerana momen ini adalah sesuatu yang private bagi mereka berdua, bukannya untuk dikongsikan dengan satu dunia.

Yang peliknya, bila Aliff Aziz memuat naik video throwback isterinya pula ketika dia melahirkan anak mereka tahun lalu, para netizen tak pula marah pada pelakon Singapura itu.

Mungkin sebab posting pada 8 Julai itu adalah sempena hari jadi pertama anak teruna pasangan ini, yang bernama Ayden Adrean.

Mungkin juga sebab untuk caption, Aliff telah meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada isterinya Bella Astillah kerana telah berhempas pulas lahirkan cahaya mata mereka.

“Tepat hari ini pada tahun lepas, sebuah hadiah daripada Tuhan telah mengubah hidup saya. Inilah hari pertama Ayden di dunia ini.

“Terima kasih kepada mummy @bellaastillah atas sebab kepayahan dan kesakitan yang dia alami ketika bersalin. Semoga Allah lindungi kamu berdua,” tulis Aliff.

“Selamat hari lahir pertama kepada Ayden, yang membawa kebahagiaan yang tak terhingga kepada hidup kami. Ayah doakan Ayden membesar dengan baik, sihat dan cerdik. Ayah dan ibu sayang kamu.

“Kepada mummy @bellaastillah terima kasih atas pengorbanan dan kesabaran kamu dalam setiap jatuh bangun. Semoga Allah membimbing kita ke arah kehidupan yang bahagia bersama. Amin.”

Reaksi netizen rata-ratanya positif. Mereka memberi komen tentang betapa peritnya pengalaman melahirkan anak dan para ibu patut disanjung kerana pengorbanan mereka.

Ada sesetengah netizen pula memberi nasihat kepada Aliff supaya sentiasa menghargai jasa penat lelah Bella.

Maklumlah, pada tahun lepas juga Aliff pernah terlibat dalam sebuah kontroversi di mana dia dilaporkan bermain kayu tiga dengan pelakon Afifah Nasir ketika Bella masih lagi dalam pantang.

Aliff dan Bella telah mendirikan rumah tangga pada 9 September, 2016.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 8 Jun 2023
Trending Fri, 29 Dec 2023
Featured Sun, 6 Feb 2022
Featured Fri, 26 Jun 2026

“Ini Bukan Tentang Burung” – Hantaran Abby Abadi Undang Tanda Tanya

Abby tampil berkongsi kata-kata berbentuk kiasan sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengikutnya.

Featured Tue, 27 Jul 2021

“Beliau Banyak Korban Masa Dan Tenaga”- Ramai Pertahankan DG Hisham

Tindakan pelakon Lana Nodin dan Rita Rudaini yang mencadangkan agar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah meletakkan jawatan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Menerusi laman sosial, rata-rata warganet tidak bersetuju […]

Trending Sat, 10 Sep 2022

“Saya Sering Pengsan & Tak Kuat…” – Acha Septriasa Dedah Hidup Dengan Satu Buah Pinggang

Siapa yang kerap sakit pinggang tu bolehlah dapatkan rawatan segera

error: Content is protected !!