Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 6, 2022 @ 12:53pm

100 Pemegang Mohon Akaun Bank Yang Dibekukan Dikembalikan Segera

Baru-baru ini, tindakan sebuah bank tempatan membekukan akaun bank pemegang tanpa sebarang notis dan penjelasan munasabah dianggap tidak sepatutnya berlaku.

Ini kerana, terdapat kira-kira 100 pemegang akaun bank yang berdaftar dengan sebuah bank tempatan tersebut meminta agar akaun mereka yang dibekukan sejak seminggu lalu dikembalikan segera apatah lagi ia menjejaskan urusanharian mereka.

Menurut individu yang dikenali sebagai Mohd Aimullah Mohd Zain, 26, pembekuan akaun berlaku pada 25 Januari lalu sehingga beliau tidak dapat mengeluarkan duit walaupun hanya RM10.

“Pada 25 Januari lalu, berlaku pembekuan akaun dan saya tidak dapat keluarkan walaupun RM10.

“Saya menghubungi pihak bank dan mereka memaklumkan ia kesalahan mereka disebabkan masalah sistem,” katanya.

Justeru itu, memorandum telah dihantar kepada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan bagi meminta badan bukan kerajaan (NGO) itu mengambil tindakan sewajarnya memandangkan masalah ini menjejaskan ramai pengguna.

Bagaimanapun, pihak Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataannya memaklumkan, kesilapan dilakukan bank tempatan sehingga menyebabkan ratusan akaun dibekukan dan pemegangnya berhutang disebabkan oleh ‘jumlah berlebihan’ dikreditkan pihak bank ke dalam akaun pelanggan.

Sementara itu, pihak bank berkenaan kini cuba mendapatkan semula jumlah lebihan dikreditkan kepada pelanggan mereka bagi menangani isu tersebut.

 

 

Sumber / foto : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Jul 2023
Hiburan Mon, 1 Apr 2019

Ella Masih Memukau, Bukti Konsert Ella Unplagged In Kuala Lumpur Dapat Standing Ovation

Standing Ovation buat Ella dan semua krew terlibat dalam menjayakan Konsert Ella Unplugged!

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

Lebih RM100,000 ‘Lesap’, Naim Daniel Kecewa Ditipu Kontraktor Rumah

Hanya selepas tiga tahun barulah rumah itu siap dibina, itu pun selepas ibu-bapa memutuskan untuk menukar kontraktor.

Featured Wed, 5 Apr 2023
Hiburan Wed, 27 Nov 2019

Amyra Rosli Dilarang Berlakon?

Masa yang terbaik untuk Amyra jaga kesihatan dan baby dalam kandungan tu ok.

Trending Thu, 11 Apr 2019

‘ Masa Kena Tu Sakit…Sakit Sangat’- Wartawan Aduan Rakyat Kongsi Pengalaman Disondol Lembu

Tulis Juliana, Korang terhibur tengok saya, saya pulak terhibur baca komen komen korang…

Featured Thu, 22 Jun 2023
Hiburan Tue, 13 Mar 2018

Putus sekali lagi, hubungan Justin-Selena sudah berakhir!

Mandy Teefey juga tidak mahu Selena dikecewakan oleh oleh Justin lagi selepas apa yang terjadi sebelum ini.

error: Content is protected !!