Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal November 17, 2017 @ 3:47pm

Rumah Sewa Hancur, Penyewa Hanya Mesej Untuk Keluar Rumah

Biasanya kita akan lihat pelajar akan membuat sepah di rumah sewa selepas keluar dari rumah tersebut. Ekoran itu, ramai penyewa rumah tidak memberi sewa dengan mudah terhadap pelajar.

Tapi berlainan dengan kes ini, dikatakan sebuah keluarga menyewa rumah tersebut. Namun selepas keluar dari rumah tersebut, keadaan rumah amat menyedihkan. Ikuti perkongsian Ziera Rahman, selaku pemilik rumah tersebut.

Bila penyewa mesej keluar rumah macam tuh aje, cuma mesej kata kunci letak dalam rumah, lepas itu terus block nombor telefon, kita hati rasa tak sedap, bila tengok rumah, aduhaiiii… orang jenis apa duduk rumah ni.


Selama ni kalau penyewa lain sewa, bila dia orang keluar kami suami isteri boleh aje cuci rumah sendiri. Tapi kali ini Iera mengalah, “tak selera aku tengok tengok toilet macam ni, penyewa ni jenis tak basuh toilet ke? dah berkahwin dah ada anak tak akan kotor macam ini.”

Tandas satu hal, singki boleh bengkok ni apa cerita bai, “apa awak buat boleh bengkok sampai macam ni? Mozek kat dinding pun banyak cabut.” Kite orang tak pernah nak check rumah sebab nak jaga privasi penyewa, tup tup rumah jadi macam ni. Dah la rumah sebelum sewa kita bagi cat lawa-lawa. Tak kisah tinggal rumah kotor sebab kita faham tak akan lepas angkut barang awak nak kemas tapi bila barang-barang rumah banyak rosak tu sakit hari.“Satu lagi bang oii, kepala paip pun bawak lari ke?”


Sudah la si suami Sabri Amran baik hati, sewa tak penah-penah naik. Deposit pun ambil satu bulan aje sebab tak nak bebankan penyewa. Tup-tup orang buat macam ni, memang rasa nak marah. Duit deposit rumah tak dapat langsung nak cover rosak.

Masalahnya sekarang penyewa ni dah lari, tak dapat dicari. Kalau esok dia masih berdiam walaupun kita dah mesej dia, tindakan susulan akan diambil. Sebab agreement semua ada, Facebook penyewa pun telah kita jumpa. Harap penyewa ni keluar lubang tikus dan munculkan diri.

credit : siakap keli 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 5 Jul 2022
Trending Fri, 5 Jun 2020

Tambahan RM50 Juta Untuk Skim PEKA B40

Berita baik buat golongan B40

Trending Wed, 25 Nov 2020
Featured Tue, 29 Aug 2023
Trending Sun, 18 Oct 2020

Jom Throwback’ 5 Benda Yang ‘IN’ Masa PKPB Lepas

Kreatif betul rakyat Malaysia ni kan

#tilljannah Sat, 11 Jun 2022

[VIDEO] Sofyank Tamat Zaman Bujang, Video Pre-Wedding Gempak! – “Teaser Je Dah Meremang”

Fuhh romantik habis min tengok video pre-wedding Pian ni 🔥🔥 Apapun tahniah dan selamat pengantin baru ❤️

Featured Fri, 3 Dec 2021

“Penat Bila Dapat Guest Macam Ini” – Tetamu Langgar Syarat Tempahan & Buat ‘Homestay’ Bersepah

Selepas kerajaan membenarkan rentas negeri, pasti ramai yang sudah mula rindu untuk pergi bercuti. Malah, kita juga boleh lihat tempahan homestay juga hampir penuh setiap hujung minggu. Namun, dalam keterujaan itu ada juga beberapa individu […]

error: Content is protected !!