Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 13, 2024 @ 8:15pm

Kemunculan Pertama Afif Tirmizie Dalam Genre Baharu Menerusi OST ‘Polis Peronda’ Di TV3

Penyanyi berbakat Afif Tirmizie teruja dengan buah tangan terbaharunya Wira Peronda yang merupakan single pertamanya bersama Alternate Records.

Afif menganggap tawaran ini sebagai peluang yang dinanti untuk dia melebarkan sayap dalam bidang nyanyiannya melalui penghasilan lagu runut bunyi (OST) drama aksi kepolisan terbaharu ‘Polis Peronda’ yang sedang hangat ditayangkan di TV3.

Drama ini telah mula ditayangkan sepanjang lima (5) episod bermula 28 Jun 2024, setiap Jumaat jam 10.00 malam dan strim episod baharu 24 jam lebih awal di Tonton melalui www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Lagu runut bunyi Wira Peronda yang dinyanyikan Afif turut memainkan peranan penting dalam menambahkan lagi kesan dramatik dan emosi dalam setiap episod drama tersebut.

Afif melahirkan rasa teruja dan bangga kerana dapat terlibat dalam projek ini.

“Saya amat terharu kerana diberi peluang untuk menyumbangkan suara saya dalam drama hebat ini.

“Saya berharap lagu ini dapat menyentuh hati penonton dan memberikan kesan mendalam,” katanya.

Afif juga meluahkan perasaan bercampur baur apabila mengetahui bahawa lagu tersebut merupakan OST drama daripada Skop Production.

“Agak gementar juga kerana saya tidak pernah menyanyikan lagu berentak seperti ini,” kata Afif.

Sesi rakaman lagu hanya mengambil masa dua jam dan ini adalah kali pertama Afif bekerjasama dengan komposer Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh.

Afif menyifatkan pengalaman ini sebagai sangat menyeronokkan kerana kedua-dua komposer tersebut sangat profesional dan santai.

“Jika diberi peluang, saya memang ingin bekerjasama lagi,” tambahnya.

Walaupun dikenali dengan lagu berentak Hip Hop dan balada, Afif menganggap cabaran menyanyikan lagu Wira Peronda ini sebagai satu kelainan apabila dia melangkah keluar dari zon selesanya.

“Ini suatu cabaran baharu buat saya kerana perlu menyanyikan genre yang berlainan daripada kebiasaan saya iaitu genre Hip Hop atau Balada. Walaubagaimanapun, peluang ini akan memberikan ruang untuk saya menonjolkan kelainan dari segi vokal kerana para peminat tidak pernah mendengar saya menyampaikan lagu bergenre Pop Rock.

“Gabungan muzik yang mendalam dan lirik yang penuh makna menjadikan lagu ini sebagai salah satu karya terbaik saya dalam industri,” katanya.

Afif juga berharap peminat akan terus mendengar lagu ini kerana ia mempunyai mesej yang sangat bagus, penuh semangat dan keberanian selaras dengan tema drama yang mengangkat kisah para anggota polis peronda yang berdedikasi.

“Semoga pendengar dapat menerima apabila saya menyanyikan melodi seperti ini kerana ia merupakan sesuatu yang baru untuk saya. Teruskanlah menyokong karier saya dalam industri,” katanya lagi.

Menurut Ikhwan Fatana, dia mula mengarang lirik dan melodi lagu ini bersama Wan Salleh apabila menerima permintaan dari pihak Alternate Records tentang drama “Polis Peronda”.

“Dari situ, saya mula merangka lirik dan menghasilkan melodi lagu bersama Wan Salleh di studio. Proses pembikinan lagu ini mengambil masa hanya dua minggu,” kata Ikhwan.

Ikhwan juga memuji vokal mantap Afif yang memudahkan kerjasama dan mempercepatkan proses rakaman lagu.

“Afif sentiasa ada idea menarik dan vokalnya yang tersendiri menjadikan lagu ini unik,” tambah Ikhwan.

Ikhwan berharap Wira Peronda dapat menghiburkan semua lapisan masyarakat dan memperkenalkan unit peronda Polis Diraja Malaysia.

“Saya berharap agar lagu ini berjaya melekat di ingatan pendengar yang menonton drama ini. Wajib dengar kalau tak kena saman,” gurau Ikhwan.

Drama Polis Peronda telah menarik perhatian ramai dengan cerita yang mengisahkan perjuangan dan pengorbanan anggota polis dalam menegakkan keadilan.

Lagu Wira Peronda yang membawa mesej tentang kewibawaan dan kredibiliti pasukan unit peronda menggambarkan visi dan misi Polis Peronda yang digarapkan dalam OST drama tersebut dan berjaya memberikan kesan emosi yang kuat dalam setiap babak penting drama ini.

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar lagu Wira Peronda nyanyian Afif Tirmizie yang telah mula bergema di pelbagai aplikasi dan platform penstriman dalam talian.

Ayuh saksikan ‘Polis Peronda’ yang sedang hangat ditayangkan di TV3. Drama ini telah mula ditayangkan sepanjang lima episod bermula 28 Jun 2024, setiap Jumaat jam 10.00 malam dan strim episod baharu 24 jam lebih awal di Tonton melalui www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Thu, 23 Jan 2025
Featured Sat, 27 Sep 2025

“Masa Dia Buat Rawatan Lutut Tu, Serangan Jantung Datang” – Ameng Perjelas Situasi A Aida

Mengulas lanjut, Ameng juga berkongsi terdapat darah beku di jantung dan paru-paru Aida.

Hiburan Thu, 13 Sep 2018

Kerjaya Makin Lancar Lepas Bertudung, Fouziah Gous Mohon Netizen Doakan Sesuatu?

Ibu kepada Muhammad Zeeshan dan Zaheen Yusof ini meminta agar para peminat mendoakan agar dia terus istiqamah.

Cahaya Mata Tue, 8 Nov 2022

Ziarah Makam Nabi Muhammad, Netizen Sebak Dengar Pesanan Alif Teega Buat Anak

Pesanan personaliti media sosial, Alif Teega kepada anak perempuannya, Khadeejah Hijanah ketika menziarahi makam baginda Rasulullah mengundang hiba netizen. Lebih mencuri perhatian, pesanan yang dititipkan oleh Alif buat Khadeejah di ruangan kapsyen seakan-akan amanat terakhirnya […]

Featured Sun, 17 Oct 2021

“Alhamdulillah”- Berat Badan Naik 15 KG, Elyana Kongsi Perkembangan Terkini

Umum maklum keadaan penyanyi Elyana yang menghidap kanser limfoma sejak dua tahun lalu. Perkembangan kesihatan Elyana kini dilihat semakin memberangsangkan dan menunjukkan tanda tanda positif. Menurut Elyana, setelah selesai menjalani rawatan kemoterapi sesi kedua sejak […]

Featured Thu, 25 Apr 2024

Kakak Meninggal Secara Mengejut, Kaka Azraff Ambil Alih Jaga 4 Orang Anak Saudara – “Saya Langsung Tidak Mahu Sambut Raya Tahun Ini”

Sebaknya! Hanya yang kehilangan insan tersayang je faham perasaan tu😪. Moga Allah mengangkat darjat Kaka. Al-Fatihah

Featured Tue, 10 May 2022

Duet Shuib & Siti Nordiana Tular Di TikTok, Peminat Doakan Mereka ‘Berjodoh’

Ngam suara duet Siti Nordiana dengan Shuib, boleh buat lagu bersama nii

error: Content is protected !!