Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 23, 2026 @ 4:55pm

Penghantar Makanan Simpan Impian Bergelar Penyanyi, Kisah Black Hanifah Jadi Inspirasi Naskhah Mengusik Jiwa

Satu insiden langgar lari pada waktu subuh Ramadan menjadi titik pertemuan tidak disangka buat empat individu yang langsung tidak saling mengenali dalam naskhah Suara Sunyi di Subuh.

Karya ini mengangkat kisah emosi tentang rasa bersalah, tanggungjawab dan peluang kedua menerusi lakonan Imran Aqil, Fahrin Ahmad, Danish Iskandar dan Hanna Halim.

Watak yang dipaparkan datang daripada latar berbeza. Black merupakan penghantar makanan yang menyimpan cita-cita menjadi penyanyi. Sharil pula nekad meninggalkan kerjaya pejabat untuk membuka bengkel motosikal sendiri.

Adam seorang anggota bomba yang berdepan tekanan keluarga agar meninggalkan kerjaya beruniform manakala Linda ialah jururawat yang menjaga adik menghidap epilepsi.

@terpalingceritaDrama Ramadhan- Coming soon!♬ original sound – Terpaling Cerita

Watak Black diinspirasikan daripada penyanyi Black Hanifah dan drama ini turut menggunakan lagu Ramadan nyanyiannya sebagai runut bunyi bagi menguatkan emosi penceritaan.

Kemalangan melibatkan wanita hamil memaksa mereka bekerjasama mencari kebenaran sambil berdepan konflik peribadi masing-masing.

Sepanjang Ramadan, hubungan yang pada awalnya penuh syak wasangka bertukar menjadi persahabatan yang menguatkan antara satu sama lain. Persoalan sama ada pertemuan itu sekadar kebetulan atau teguran Tuhan menjadi inti perjalanan cerita.

@terpalingcerita Episod 1 – Suara Sunyi Di Subuh #suarasunyidisubuh @hannahalim @danishleh @iJeebster @FAHRIN AHMAD ♬ original sound – Terpaling Cerita

Drama ini mula ditayangkan pada 19 Februari 2026 secara eksklusif di TikTok dan Instagram @terpalingcerita dengan dua episod baharu setiap hari sepanjang Ramadan.

Sebelum ini, produksi sama mencatat lebih 600 juta tontonan menerusi karya popular seperti Terpaling Menantu dan Terlanjur Nikah yang turut dirancang kembali dengan edisi khas Ramadan dan Raya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 6 Feb 2024

“Cirit-Birit, Muntah Serta Kuku Panjang & Kotor…” – Mizz Nina Dakwa Musa Alami Trauma Diambil Bekas Suami

Allahu kesiannya baby Musa.. Semoga kemelut ini dapat diselesaikan cara baik

Featured Mon, 18 Aug 2025

Menteri Sahkan Ada Elemen Buli, Pengabaian & Gangguan S*ksual Dalam Kes Zara Qairina

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan wujud siasatan terhadap elemen tersebut.

Hiburan Fri, 19 Oct 2018

Zizan Razak Dah Popular Di Indonesia?

Peminat dan media di Indonesia dah mula kenal dan menyapa saya…

Trending Fri, 19 Jul 2019

#WakeUpForGaza Terperangkap Di Sempadan Rafah, Heliza Helmi Tak Tahu Bila Akan Pulang!

Semoga segala urusan pasukan misi kemanusian ke Gaza sentiasa dipermudahkan. Aamiin

Hiburan Fri, 31 Jan 2025
Hiburan Fri, 7 Jul 2023
Events Mon, 25 Mar 2019

Ini Senarai Pemenang Drama Pendek Dan Sesi Kongsi Idea DFKL 2019!

Tahniah diucapkan buat semua peserta DFKL 2019!

Trending Wed, 7 Oct 2020

Tarikh-Tarikh Penting Dan Kaedah Pembayaran BPN 2.0

Umum sedia maklum, kerajaan kini memperuntukkan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 berjumlah 7 billion kepada rakyat.  Bantuan ini akan disalurkan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini, tanpa perlu […]

error: Content is protected !!