Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 December 26, 2019 @ 8:38pm

28 Hari, 28 Juta! Ejen Ali The Movie Lakar Sejarah Dan Kini Bakal Ditayangkan Di Indonesia

Susulan kejayaan filem Ejen Ali The Movie yang berjaya mencapai kutipan 28 juta ringgit  semenjak ditayangkan di Malaysia, dan juga di negara-negara jiran seperti Singapura dan Brunei, filem cetera animasi ketiga terbitan Malaysia ini mengorak langkah apabila melebarkan sayap bagi tayangan di Indonesia pula.

Sewaktu sidang media dan tayangan perdana filem Ejen Ali The Movie yang diadakan di CGV, pusat membeli-belah Grand Indonesia, Jakarta hari ini, rakan media, rakan-rakan perniagaan dan peminat-peminat bertuah disajikan dengan tayangan khas awal filem tersebut sebelum ia bakal ditayangkan ke 100 buah pawagam seluruh Indonesia bermula 1 Januari, 2020 akan datang.

Filem cetera animasi tempatan yang diterbitkan oleh Primeworks Studios dan Wau Animation ini diilhamkan dari siri televisyen animasi Ejen Ali, yang sehingga kini telah merangkul beberapa anugerah sejak ditayangkan pada 2016 di lebih 50 negara!

Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar sewaktu ditemui di malam tayangan perdana tersebut berkata, pihaknya berasa teruja apabila Ejen Ali menjadi filem animasi pertama terbitan Primeworks Studios yang berjaya menembusi pasaran filem animasi Indonesia. 

“Permulaan yang baik buat kami untuk tahun 2020.  Seperti mendapat hadiah tahun baru apabila filem ini dapat diperluaskan di pasaran serantau dengan menjadi filem animasi pertama terbitan Primeworks Studios yang berjaya menembusi pasaran filem animasi Indonesia. 

“Kami berharap gelombang fenomena Ejen Ali akan berterusan hingga ke Indonesia kerana naskah yang dihasilkan oleh Usamah dan ahli ‘Wauriors’ ini mempunyai nilai sinematik yang sangat tinggi selain terbukti berjaya menambat hati ramai penonton termasuklah peminat dan pencinta filem di Indonesia dan kami berbangga untuk berkongsi naskah ini dengan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation , Usamah Zaid Yasin berharap peminat-peminat Ejen Ali di Indonesia akan membanjiri pawagam sempena dengan musim cuti persekolahan nanti dan seterusnya menembusi pasaran filem ‘box office’ di Indonesia. 

“Sokongan padu peminat-peminat Ejen Ali di Indonesia dari mula sememangnya tidak dapat disangkal lagi.  Kami bersyukur dan amat berterima kasih dengan permintaan yang tidak putus dari peminat Ejen Ali untuk menayangkan filem Ejen Ali The Movie di sini. 

“Harapan kami agar semua peminat Ejen Ali di Indonesia akan membanjiri pawagam pada cuti sekolah nanti dan misi kami untuk menembusi pasaran ‘box office’ di Indonesia bakal tercapai,” katanya. 

Menurut Pak Rajesh K. Jagtani, CEO PT Spectrum, dia menyasarkan kutipan jualan di Indonesia bakal melebihi kutipan di Malaysia memandangkan mereka mempunyai penduduk yang lebih ramai, tambahan pula filem cetera animasi ini bakal ditayangkan di 100 layar bioskop di negara tersebut. 

Ejen Ali The Movie berkisar mengenai Ali yang berusia 12 tahun, direkrut menjadi perisik di Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar. 

Konflik mula timbul apabila Ali menyedari dia bukan lah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa Infinity Retinal Intelligence System atau IRIS. Ekoran daripada itu, Ali mula mempersoalkan peranan dan kedudukannya sebagai ejen istimewa MATA.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 3 Nov 2023

Umur Bukan Penghalang, Ini Sebab Alif Satar Sokong Golongan Belia 35 Tahun Sertai PLKN 3.0 – “Saya Tengok Ramai Yang 30-an Tak…”

Min setuju apa yang Alif bagitahu tu! Tapi jangan risau ye peserta lahir tahun 2007 yang akan dipanggil

Hiburan Tue, 11 Mar 2025
Hiburan Sat, 6 Jan 2018

Khatam Al-Quran Sewaktu Usia 6 Tahun

Seawal usia 6 tahun, anak sulungnya, iaitu Bella sudah pun khatam Al-Quran.

Featured Wed, 27 Nov 2024
Featured Mon, 21 Aug 2023

Akui Tak Perlu Baju Pelik & Naik Lori Untuk Popular, Zainal Abidin Kongsi Foto Bersama Aina Abdul.. Netizen Kritik Sengaja Cetus Kontroversi Untuk Promosi Konsert?

Ha tak ada niat pun nak sindir Aina Abdul, baik je niii 😉‘We are good and will always be’ – Datuk Zainal Abidin

Featured Fri, 5 Nov 2021

Wanita Meninggal Dunia Selepas Tidak Sedarkan Diri Semasa ‘Hiking’

Seorang wanita meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika melakukan aktiviti mendaki bukit di Pulau Bohey Dulang pada Khamis. Menurut laporan Berita Harian, polis memaklumkan mangsa bersama dua rakan perempuannya itu pergi ke pulau berkenaan […]

error: Content is protected !!