Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 26, 2024 @ 1:21pm

“Biasiswa Student Tak Ada Kena Mengena Dengan Pinjaman Perniagaan” – Che Ta

Pelakon dan usahawan sensasi, Rozita Che Wan tampil membidas komen seorang netizen yang memintanya untuk melunaskan dakwaan berhutang Majlis Amanah Rakyat (Mara) berjumlah hampir RM1 juta.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, individu tersebut mendakwa hutang MARA itu seolah-olah telah menjejaskan pinjaman biasiswa pelajar.

“Che Ta cepat bayar hutang. Ramai students nak pakai duit,” tulis individu itu.

Tidak berdiam diri, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta menjelaskan bahawa pinjaman perniagaan tiada kena mengena dengan tajaan biasiswa pelajar.

Malah, Che Ta turut sempat memberi nasihat kepada individu itu untuk mempercayai bahawa rezeki Allah yang telah ditetapkan kepada setiap hambaNya.

“Biasiswa pelajar tiada kena mengena dengan pinjaman perniagaan. Tetapi kalau anak awak belajar pandai, rezeki tak pernah salah alamat. Insya-Allah,” tulisnya.

Namun begitu, ada juga segelintir pihak yang tidak bersetuju dengan kenyataan Che Ta itu sekali gus menganggap cara isteri kepada aktor Zain Saidin itu menjawab persoalan netizen sedikit angkuh.

Pada 10 Disember lalu, kediaman Che Ta diserbu pegawai Mara bersama peguam dan wakil mahkamah atas dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Artikel Berkaitan: “Sila Betulkan Statement Anda Atau…” – Che Ta Nafi Tak Bayar Pinjaman MARA

Artikel Berkaitan: Che Ta Nafi Rumah Disita, Tunggu Masa Sesuai ‘Buka Mulut’ – “Sekarang Tinggal Kat Rumah Lah, Takkan Atas Pokok Pula”

Artikel Berkaitan: Kontraktor Rumput Tiruan Padam Hantaran Tular Berkaitan Che Ta Selepas Hutang Dilunaskan – “Anas Zahrin Bayarkan”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Agama Thu, 27 Jun 2024

Kecoh Trend Childfree, Ini Pencerahan Pejabat Mufti

Jangan kecoh, ini pencerahan Mufti

Featured Sat, 6 Jun 2020

Rebut Peluang Menangi Wang Tunai Sebanyak RM150K Dengan E-Sukan Kampus!

Jangan ketinggalan rebut hadiah wang tunai rm150k!

Trending Thu, 30 Aug 2018
Hiburan Thu, 22 May 2025

Fattah Amin Akui Kecewa, Filem ‘Kulit Wayang’ Kurang Sambutan

Fattah Amin akui kecewa filem Kulit Wayang tak dapat sambutan

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Panas! Pelakon Terkenal Ini Bercinta Dengan Kaum Sejenis?

Isu LGBT (Lesbian, Gay, Bisexsual, and Transgender) bukanlah sesuatu isu yang baru di negara kita. Meskipun isu ini agak sensitif, namun masih ada yang terlibat dengan gejala ini

error: Content is protected !!