Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 6, 2020 @ 6:33pm

Rebut Peluang Menangi Wang Tunai Sebanyak RM150K Dengan E-Sukan Kampus!

Jangan lepaskan peluang ini!

Kegemilangan gaming terbaik kampus di seluruh Malaysia kini kembali dengan pelancaran Kejohanan E-Sukan Kampus (KEK) Semester 3 Yoodo (Yoodo KEK3).

MyGameOn dan Yoodo bersama-sama menyediakan ‘gelanggang pertempuran’ buat  ribuan pelajar kolej dan Universiti untuk bertempur dan memenangi hadiah berjumlah RM150, 000.

Raih 5 juta tontonan sejak dilancarkan

Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun

Menurut ketuanya, Yoodo amat teruja untuk mengambil alih dan membawakan kepada korang KEK semester ke-3 yang dijangkakan akan lebih menarik.

Kali ini, para atlet akan bersilang pedang dalam permainan popular Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan melambung bom tangan dalam Call of Duty: Mobile (CODM).

Namun, bagi mematuhi PKPB, Yoodo  KEK3  akan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian!

KEK3 terima sambutan luar biasa

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali

” Di Media Prima, kami sentiasa berusaha menyediakan platform dan peluang untuk bakat-bakat baharu dan belia dalam usaha mengejar impian dan matlamat mereka. Kali ini dengan Yoodo, kami yakin Yoodo  KEK3 akan menjadi lebih baik.” Katanya.

Yoodo KEK3 akan bermula pada 6 Jun ini dan menampilkan 5 pusingan kelayakan zon serantau dan satu pusingan akhir dalam talian.

Bagi yang menang pula, pertempuran akan diteruskan untuk merebut kemenangan di peringkat akhir pada 18 dan 19 Julai ini.

Opsss! Bukan itu sahaja, pemain juga boleh  bermain  sepanjang hari dengan Celcom pelan data tambahan Call of Duty Mobile  yang memberikan pengguna 20GB data khusus untuk game dengan hanya RM5 sebulan. Pelan yang serupa untuk Mobile Legends: Bang Bang sedang dalam pemprosesan dan akan diumumkan tidak lama lagi!

Untuk korang yang berminat, Pendaftaran untuk KEK3 kini dibuka dengan tarikh tutup seminggu sebelum kelayakan dalam talian di wilayah masing-masing. Untuk mendaftar sila layari : https://komuniti.mygameon.my/Register.  

Manakala, bagi yang ingin menyaksikan pertempuran hangat lagi mendebarkan ini , layari laman Yoodo Esports, www.Facebook.com/yoodoesports  atau di media sosial Facebook MyGameOn,  www.Facebook.com/mygameondotmy .

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang www.yoodo.com.my atau ikuti @yoodoMY di Facebook, Instagram dan Twitter

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 20 Jun 2019

Angkasawan Negara kongsi 15 panduan didik anak

Teknik mudah, tetapi berkesan!

Featured Tue, 6 Sep 2022
Eat Travel Fri, 26 Oct 2018

Ini Resipi Ayam Bersalut Sos Teriyaki Yang Ringkas & Mudah Untuk Anda Cuba

Sos ini manis-manis dan memang kena dengan ayam.

Featured Tue, 9 Dec 2025

Nabila Razali Kesal ‘Couple’ Penuhkan Lif Nak Bermanja – “Baru Faham Kenapa Parents Yang Bawa Anak Kecil Marah”

Nabila Razali meluahkan rasa kurang senang terhadap segelintir individu yang tidak peka menggunakan lif di pusat membeli-belah sehingga menyusahkan golongan ibu bapa yang mempunyai anak kecil dan membawa stroller.

Featured Fri, 3 Apr 2020

Kulot sesuai semua saiz badan, selesa pula!

Selesa walau apa sahaja kegiatan dilakukan

Hiburan Sat, 22 Nov 2025

Tampil Single Perjalanan… Kolaborasi Ernie Zakri, Andi Rianto Lahirkan Lagu Sarat Penghayatan

Ernie Zakri berkolaborasi dengan produser & komposer terkenal Indonesia, Andi Rianto.

Featured Mon, 18 May 2026

Persembahan Anak Amyza Aznan Dapat Pujian – “Bila Dia Nyanyi Yang Sampai Bukan Sekadar Suara Tapi Rasa & Doa”

PHM menyifatkan nyanyian Adrian bukan sekadar tentang suara, sebaliknya sarat dengan rasa, doa dan kekuatan seorang anak muda yang sedang berjuang melawan penyakit kanser.

error: Content is protected !!