Hiburan By: Padin May 2, 2025 @ 7:39am

Lebih 10,000 Pengunjung Warnai ‘Rewang Eh Raya 2025’, Noraniza Idris Luah Rasa Syukur – “Ini Usaha Untuk Kukuhkan Identiti Budaya”

Sambutan Rewang Eh Raya 2025 yang diadakan di pusat beli-belah Summit USJ pada Sabtu lalu berjaya mencuri tumpuan apabila menarik lebih 10,000 pengunjung, sekaligus mencerminkan bahawa warisan seni budaya Melayu dan Bugis terus mekar dalam kalangan rakyat Malaysia.

Mengangkat tema Rumah Terbuka, acara anjuran Persatuan Tatihseni Malaysia ini bukan sahaja menghidupkan kembali suasana rewang yang sinonim dengan Hari Raya, tetapi turut memperkenalkan budaya Bugis Negeri Selangor menerusi aktiviti yang interaktif dan sesuai untuk seisi keluarga.

Seawal jam 9 pagi, lokasi acara sudah dipenuhi gelak tawa apabila kanak-kanak berusia antara 4 hingga 7 tahun menyertai pertandingan mewarna bertemakan Eh, Warna-Warni Raya!

Bengkel Santai Tarian Tradisional Zapin dan Ronggeng Selangor turut mendapat sambutan hebat dengan penyertaan lebih 300 orang dari pelbagai peringkat usia, yang berpeluang mempelajari seni tari warisan secara lebih santai dan menyeronokkan.

Majlis pelancaran dirasmikan dengan penuh adat menerusi simbolik pemotongan pulut kuning, diserikan lagi dengan letusan konfeti yang menambah kemeriahan suasana.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah penaung program, Tengku Datuk Dr. Hishammuddin Zaizi Tengku Bendahara Azman Al-Haj bersama tetamu-tetamu kehormat lain, menunjukkan komitmen terhadap usaha melestarikan seni budaya tradisional.

Dalam ucapannya, Hishammuddin Zaizi menyentuh tentang pentingnya usaha memperkenalkan budaya tradisi secara berterusan, bukan hanya tertumpu kepada musim perayaan.

Menjelang majlis perasmian, para pengunjung turut berpeluang menonton klip video memperkenalkan hidangan warisan Bugis yang turut memperkayakan pengalaman kebudayaan sepanjang acara berlangsung.

Kumpulan Noraniza Idris Dance Academy (NIDA) tampil memukau dengan persembahan seperti Tarian Serampang Bugis, Tarian Jawa Piye Kepriye dan Tarian Ronggeng Selangor, hasil daripada bengkel yang berlangsung pada sesi pagi.

Menurut ratu Irama Malaysia dan Timbalan Pengerusi Persatuan Tatihseni Malaysia, Noraniza Idris, Rewang Eh Raya 2025 menjadi medium penting dalam memperkukuh semangat komuniti melalui platform seni dan budaya, bertepatan dengan sambutan Tahun Melawat Selangor 2025.

“Apa yang kita lakukan ini bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi satu usaha untuk membentuk sahsiah dan memperkasa identiti budaya dalam diri anak-anak kita.

“Syukur Alhamdulillah, dengan sokongan padu daripada pihak penaja seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Kementerian Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Tourism Selangor, Agensi Pekerjaan Najah, Che Ani Premium, Promedia Broadcast serta Summit USJ, kita berjaya merealisasikan sebuah acara budaya berskala besar yang mampu menyatukan pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.

Beliau turut menyifatkan penglibatan aktif kanak-kanak dan golongan muda sebagai antara pencapaian terbesar program ini.

“Kita mahu anak-anak ini bukan sahaja mengenali budaya mereka, malah berbangga dan berani mempertahankannya di masa hadapan.

“Saya percaya seni budaya tradisional bukan sekadar untuk dikenang, tetapi perlu terus hidup dan dibudayakan sepanjang masa.

“Insya-Allah, kita akan terus komited mengangkat warisan bangsa ini ke persada yang lebih tinggi,” katanya penuh semangat.

Lebih 6,000 peserta dilaporkan telah mendaftar awal secara dalam talian untuk menyertai pelbagai aktiviti yang ditawarkan, membuktikan bahawa minat terhadap seni tradisional masih kekal kukuh.

Antara acara yang paling mencuri tumpuan adalah Pertandingan Tarian Kreatif Eh Raya yang menyaksikan penyertaan dari lima negeri bersaing untuk merebut hadiah utama bernilai sehingga RM3,000 bagi persembahan koreografi terbaik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 11 Feb 2018

Beri Peluang Pada Pelakon Baharu

Sebagai orang lama dalam industri saya faham bukan mudah untuk seorang artis baru menempa nama dalam bidang hiburan

Trending Tue, 24 May 2022

“Hubungi Isteri Saya Pada Waktu Malam Itu Sudah Melampaui Batas” – Caprice Ajak Lelaki Ganggu Isterinya Untuk Bersemuka

Caprice bimbang keselamatan isteri dan keluarga kerana sering diganggu seorang lelaki.

Trending Thu, 6 Sep 2018

Tenang…BSN Jawab Isu Duit Hilang Dalam Akaun

Sebanyak RM10 perlu dikekalkan dalam akaun sebagai jumlah minimum yang harus disimpan dalam akaun simpanan pelanggan.

Featured Wed, 22 Jun 2022

Didakwa Bertunang, Syamsul Yusof Dedah Status Terkini Dengan Ira Kaza

Cukuplah… beri mereka masa untuk settle cara baik.

Hiburan Thu, 23 Nov 2017

SEBAB KENAPA WAK DOYOK PILIH WANITA “KACUK” INI?

Kalau ditanya siapa Malika Askarova? ini jawapannya. Lain macam betul taste Wak Doyok kan? Apa-apa pun Tahniah Wak! 

Hiburan Mon, 17 Mar 2025

Spekulasi Kahwin Baru Akhirnya Terjawab, Bonda Rozita Kongsi Foto Bersama Suami

Bonda Rozita kongsi foto dengan suami baru di Makkah

Featured Wed, 6 Sep 2023

Legenda M Nasir Bakal Bawa ‘Gendang Pati’ Di Plenary Hall KLCC 18 November Ini

Fuhhhh, legenda Datuk M Nasir nak buat konsert guys November ni, bestnyaa! Jangan lupa beli tiket nanti

error: Content is protected !!