Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 12, 2026 @ 2:42pm

Fazura Sedia Nyanyi Lagu Hasil Sentuhan Aiman Sidek – “Your Time To Shine Now”

Pelakon dan usahawan jelita, Nur Fazura memaklumkan dia sudah bersetuju untuk menyanyikan lagu hasil ciptaan penyanyi dan penulis lirik, Aiman Sidek berjudul Kisah Terbaik.

Menerusi ciapan di platform Threads, Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Sharifuddin, 43, berkata pihak syarikat rakaman mewakilinya akan menghubungi Aiman dalam masa terdekat bagi meneruskan proses pembikinan lagu tersebut.

“Saya sudah bersetuju dengan Universal Music Malaysia. Mereka akan telefon nanti. Sudah tiba masanya untuk Aiman menyinar dan semoga kalian sekeluarga tersenyum bahagia selalu. Bismilahirrahmanirrahim,” tulisnya ringkas.

Fazura berkata demikian ketika membalas luahan hati Aiman yang menitipkan pesanan kepada netizen untuk tidak memandang rendah terhadap pekerjaan seseorang terutamanya bagi mereka yang bekerja keras untuk menyara keluarga tercinta.

“Saya tak kisah cakap suara tak sedap. Lagu tak bagus. Tapi jangan hina pekerjaan orang. Sebagai manusia, jika tak tahu sesuatu wajib bertanya. Supaya kita takkan menulis sesuatu yang menghina orang lain. Saya cari makan untuk anak isteri saya,” katanya.

Sebelum ini, Aiman berkata dia baru sahaja mencipta sebuah lagu khususnya buat Fazura namun masih tiada respons daripada pihak pengurusan selebriti itu.

“Sejujurnya, i made this song for Fazura. Simple and easy song. Kisah Terbaik tajuknya. Cuma tak ada apa feedback dari team mereka.

“Jadi saya anggap bukan rezeki untuk bekerja dengan beliau lagi saat ini. Mungkin lain kali Insya-Allah. Dan mungkin juga rezeki penyanyi lain untuk saya bekerjsama. Selamat mendengar demonya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 25 Mar 2018

Famous Malaysian YouTuber Jared Lee Diagnosed With Cancer

Cancer is no joke but it shouldn’t be something kept hush hush either. Thank you Jared for speaking out about this.

Featured Wed, 5 Apr 2023
Hiburan Sun, 3 Nov 2024

Tingkat Kesedaran, OhBulan & Seismik Lancarkan Kempen “Peduli Seks: Tabu Tapi Perlu Tahu”

Menerusi kempen ‘Peduli Seks: Tabu Tapi Perlu Tahu’, OhBulan dan Seismik, melalui kerjasama rapat dengan Hello Doktor, mengambil langkah proaktif.

Events Wed, 26 Feb 2025

Drama Meruntun Jiwa! Pertarungan Ummi Nazeera Tuntut Kebahagiaan

Drama 15 episod ini pastinya akan memberi kesan dihati penonton.

Featured Wed, 11 Oct 2023

Isu Artis Wanita Kembali Free Hair, Fatin Afeefa Titip Pesan… Minta Netizen Jangan Cepat Jatuh Hukum – “Kita Pun Bukan Baik Sangat!”

Setuju dengan Fatin! Entah-entah orang yang tengah struggle nak istiqamah sekarang ni lebih baik dari orangyang suka kutuk tu kan?❤️‍🔥❤️‍🔥

Events Sat, 31 May 2025

Nidji Kembali Ke Malaysia Dalam Misi Bersama Ejen Ali The Movie 2

Peminat berpeluang bertemu dengan ahli kumpulan Nidji sambil menyaksikan tayangan filem EATM2

error: Content is protected !!