Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin February 26, 2025 @ 6:31pm

Drama Meruntun Jiwa! Pertarungan Ummi Nazeera Tuntut Kebahagiaan

Ada kisah yang mengajar kita tentang kasih, dan ada perpisahan yang mengukir dendam abadi.

Drama rantaian 15 episod yang meruntun jiwa ini akan membawa penonton menyelami liku-liku kehidupan yang penuh emosi dan ujian ditambah dengan lakonan mantap barisan pelakon hebat iaitu Ummi Nazeera, Fazlina Ahmad Daud, Aqasha, Luqman Hafidz, Erin CTJ, dan ramai lagi.

Diterbitkan oleh P&D Pictures Sdn Bhd, musim penutup yang penuh dramatik ini menjanjikan perjalanan yang meruntun jiwa, dengan skrip nukilan K. Adlie dan Shaza Talib serta arahan hebat oleh Pali Yahya.

Teratak Kasih Salina mengisahkan perjalanan hidup Salina (Ummi Nazeera) yang berusaha mengumpul serpihan hidupnya selepas kehilangan Amir dan Fayyad.

Dia mula menerima kenyataan dan meneruskan hidup dengan membuka sebuah pusat perlindungan dinamakan Teratak Kasih untuk membantu wanita-wanita yang bermasalah atau terlanjur.

Di sudut lain, Halijah masih terkurung dalam bayangan masa silam. Trauma insiden tragis yang menimpa anaknya, Amir menyalakan dendam dalam hatinya untuk menghancurkan hidup Salina. Pada waktu yang sama, ketegangan memuncak apabila Faqeh (Luqman Hafidz) berselisih faham dengan bekas abang iparnya, Qassim (Aqasha), yang dianggap lebih mementingkan syarikat dan perniagaan keluarga.

Dalam mencari ketenangan, Salina dipertemukan dengan Faqeh yang mula menunjukkan minat terhadapnya, namun hatinya masih tertutup.

Takdir kemudiannya menemukan mereka semula di Mekah, membuka lembaran baharu yang tidak dijangka. Faqeh berusaha membuktikan cintanya, bukan kerana Salina tetapi demi memenuhi cabaran kekasihnya, Ika. Qassim yang hadir di antara Salina dan Faqeh pada awalnya pula hanya ingin menyelamatkannya daripada lelaki itu.

Namun, tanpa disedari, perasaan yang sekadar simpati perlahan-lahan bertukar menjadi cinta membuatkannya melamar Salina.

Konflik semakin meruncing apabila dendam Salina terhadap Halijah tidak surut, meskipun wanita itu kini terperangkap dalam dunia PTSD dan Alzheimer akibat tragedi hitam.

Biarpun dilayan dengan penuh kasih dan dianggap sebagai anak sendiri, Salina masih tidak mampu melupakan keperitan kehilangan Fayyad.

“Salina kali ini bukan lagi mangsa, tetapi pejuang.

“Jika sebelum ini dia sering ditindas, kali ini dia bangkit lebih kuat,” ulasnya.

Finale Rindu Kasih ini juga memberi fokus kepada Teratak Kasih iaitu pusat perlindungan untuk remaja kurang bernasib baik.

“Ini bukan sekadar tempat perlindungan, tetapi perjuangan yang ingin Salina tegakkan, membuka mata penonton tentang realiti golongan ini,” tambahnya.

Menjelang musim terakhir, akan adakah lagi drama air mata yang menanti penonton?

Saksikan drama hebat ini , telah bersiaran sejak 18 Februari 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10.00 malam di slot Samarinda TV3. Strim 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 26 Oct 2018

Guna Telegram, Ini Cara Mudah Muat Turun Video Youtube Pada iPhone

Cara mudah untuk muat turun video daripada Youtube pada iPhone menggunakan aplikasi Telegram.

Trending Fri, 5 Aug 2022
Events Mon, 29 Aug 2022

#JusticeForBella: Doktor Perjelas Kesan Lecur Dikedua Tangan Bella Berpunca Dari Tumpahan Air Panas

Kes perbicaraan remaja sindrom down yang dikenali sebagai Bella kembali berlangsung setelah dihentikan seketika pada 22 Julai lalu. Namun kali ini, Mahkamah Seksyen dimaklumkan bahawa kesan lecur yang terdapat pada tangan Bella adalah disebabkan berpunca […]

Featured Fri, 25 Aug 2023

9 Tahun Menanti Zuriat, Siti Elizad Syukur Keluarga Tak Pernah Tanya Soal Anak

InshaaAllah moga ada rezeki untuk Elizad dan semua yang menanti zuriat😥

Featured Thu, 27 Oct 2022

[VIDEO] Ramai Minta Tips Untuk ‘Push’, Elfira Loy Kongsi Proses Bersalin Anak Kedua – “Ambil Epidural Sebab..”

Mak aih, tenangnya Elfira masa bersalin anak kedua 🥵 Alhamdulillah dipermudah segalanyaa fuhh

Events Thu, 6 Jun 2019

《守百年之约》造势活动千人捧场!场面声势浩大

八度空间《守百年之约》造势活动,吸引约千人到场支持,场面声势浩大,足见《守百年之约》的热播效应持续发酵,追剧狂潮强烈席卷全城!

Trending Fri, 7 Feb 2020

“Comel sangat roti pelangi ni, sayangnya nak makan…”

Agak-agak rasa macam Paddle Pop tak?

Drama Fri, 13 Jan 2023

Tampil Barisan Bakat Baharu, Bawah Blok Hiasi Slot Lestary TV3!

Drama bersiri Bawah Blok terbitan Tanah Beris Film Production hadir menghiasi slot Lestary TV3. Naskhah ini mengisahkan lima remaja yang tinggal di sebuah rumah flat kos rendah dan selalu menjadikan kawasan bawah blok kediaman sebagai tempat […]

Sponsored Mon, 7 Aug 2023

Meriahkan TikTok Awards MY 2023 Dengan Pilihan panda pick Yang Hanya Ada di foodpanda!

Psst..korang tahu tak, buat julung kalinya, TikTok akan mengadakan TikTok Awards MY 2023 di Kuala Lumpur, Malaysia setelah melakar fenomena di Vietnam, Indonesia, Filipina, Thailand, Jepun dan Brazil! Yang lagi tak sabar, TikTok Awards MY […]

error: Content is protected !!