Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd August 13, 2019 @ 5:36pm

Kes Kehilangan Nora Anne, Mayat Wanita Berkulit Putih Ditemui – Polis

Penemuan mayat dipercayai wanita berkulit putih hari ini disahkan oleh polis,  berhubung kehilangan gadis berbangsa Ireland Nora Anne yang dilaporkan hilang ketika bercuti di sebuah resort bersama keluarganya di Negeri Sembilan. 

Temui mayat wanita berkulit putih

Menerusi laporan yang dikeluarkan Harian Metro , Ketua Polis Negeri Sembilan  Datuk Mohamad Mat Yusop  mengesahkan penemuan mayat sekitar jam 1.57 tengah hari.

Dipercayai lokasi penemuan mayat berada sekitar 2 kilometer dari lokasi Nora Anne dilaporkan hilang. 

Terdahulu, Nora Anne,15 tahun hilang ketika sedang bercuti bersama keluarganya di sebuah resort The Dusun Pantai, Negeri Sembilan. Nora Anne dilaporkan hilang pada 3 Ogos.

Nora Anne kali terakhir dilihat dengan berpakaian sut renang dan dipercayai keluar dari tingkap bilik penginapannya. Remaja itu juga dikatakan berstatus OKU dan mempunyai masalah dalam pembelajaran.

Terdahulu, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop  menyangkal dakwaan media antarabangsa yang mengatakan bahawa gadis itu diculik, pihak polis turut mengklarisifikasikan kesnya sebagai kes orang hilang kerana tiada unsur-unsur jenayah membabitkan kehilangannya

Untuk maklumat lanjut, layari Buletin Utama TV3 dan TV3 MalaysiaOfficial Youtube.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 4 Jan 2018

Wan Azizah Umum Anwar Bakal Bebas 11 Jun Ini

Tempoh hukuman penjara bagi Anwar selama lima tahun dipendekkan menjadi 3 tahun

Featured Tue, 13 Jun 2023
Featured Thu, 7 Sep 2023
Hiburan Tue, 4 Mar 2025
Trending Fri, 19 Oct 2018

Ibu Saudara Sebak…Niat Beli Roti Berakhir Dengan Tragedi

Al- Fatihah buat Allahyarham Wan Amirah Wan Alias…

error: Content is protected !!