Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 11, 2025 @ 6:26pm

“Tak Boleh Berjuang Ikut Sumud Flotilla, Kita Berjuang Dengan Doa” – Alif Satar Ajak Masyarakat Kembali Jaga Solat Subuh

Penyanyi dan pengacara popular, Alif Satar mengajak orang ramai agar kembali menjaga solat Subuh sebagai salah satu cara ‘berjuang’.

Menerusi perkongsian di Threads, Alif atau nama lengkapnya, Muhammad Alif Mohd Satar, 34, berkata,  meskipun tidak terlibat secara langsung mengikuti misi kemanusiaan Global Sumud Nusantara (GSF) namun, masyarakat boleh memberikan pertolongan menerusi doa yang tidak putus.

“To my brothers, mana yang dah lama kantoi atau lama tak subuh berjemaah di masjid. Jom start balik esok subuh?

“Mintak tolong juga the ladies, bagi support to your husbands and sons. Ada hari memang liat skit, tapi bila isteri bagi encouragement, semangat kami.

“Tak boleh naik Sumud Flotilla? Kita support dengan doa during subuh berjemaah,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Alif kelihatan memuat naik petikan hadis dari riwayat Tirmidzi mengenai doa.

“Nabi SAW bersabda, tidak ada yang dapat menolak takdir kecuali doa, dan tidak ada yang dapat menambah umur kecuali kebaikan- riwayat Tirmidzi,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong kenyataan Alif sekali gus memuji tindakannya menggunakan media sosial sebagai landasan untuk memberikan peringatan kepada masyarakat.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 2 Apr 2024

“Saya Mengaku Sebagai Scammer, Tapi…” – Datuk Red Akui Khilaf, Kini Gigih Berusaha Kumpul Duit Lunaskan Hutang

Betul! Mulut orang tak boleh nak tutup. Yang penting sekarang ni moga Datuk Red cekal menjalani kehidupan dan dapat pekerjaan yang baik inshaa-Allah💪

Hiburan Fri, 22 Mar 2019

Eyka Farhana Tak Suka Tinggal Di Negara Sejuk?

Kenapa agaknya Eyka suka ke negara bercuaca panas?

Featured Mon, 9 Jan 2023
Hiburan Fri, 13 Apr 2018

‘Doa Buat Kekasih’ Rai Ulang Tahun ke 30 Dengan Konsert Jelajah

Datuk Ramli Sarip dan Datuk Khatijah Ibrahim ketika ditemui di sidang akhbar di Istana Budaya memberitahu idea untuk mengadakan konsert ulang tahun ini tercetus pada tahun lalu.

Featured Wed, 3 Feb 2021

Bayaran Rayuan GKP Bermula 5 Februari 2021

Semoga nasib para peniaga kecilan terbela

Featured Mon, 8 May 2023

Uyaina Arshad Sanding Kali Kedua, Seronok Tumpang Majlis Aqiqah Anak

Alahai! manis betul pasangan sama cantik, sama padan ni kan? Paling cute terselit si kecik tu🥰

Kisah Viral Thu, 23 May 2024
error: Content is protected !!