Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin February 22, 2021 @ 5:52pm

Rumah Residensi Prihatin Di Kuala Lumpur & Putrajaya Buat Golongan B40

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) hari ini komited bagi membantu golongan B40 di Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk memiliki rumah pertama menerusi pengenalan Residensi Prihatin.

Sebanyak 12,253 unit rumah sedang dalam perancangan untuk dibina di Putrajaya, membabitkan 10 tapak projek di Presint 5, 7, 11, 16 dan 19, yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2025.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, rumah berkenaan berkeluasan 750 kaki persegi dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air, dapur, ruang tamu dan makan serta laman, selain berbentuk rumah berstrata.

Sumber : Bernama

“Bagi memastikan kumpulan sasar yang tepat beroleh manfaat terbabit, permohonan Residensi Prihatin ini memberi penekanan kepada pemohon bagi rumah pertama dan masih belum memiliki rumah.

“Di samping itu, penetapan syarat minimum 60 peratus daripada jumlah unit pembangunan ini akan diperuntukkan kepada kuota Bumiputera bagi mengatasi masalah pemilikan rumah oleh kumpulan B40” katanya.

Individu yang lahir, menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan yang berminat untuk memiliki unit Residensi Prihatin ini, boleh membuat pendaftaran permohonan secara atas talian di portal Residensi Prihatin residensiprihatin.kwp.gov.my bermula esok.

“Permohonan terbuka kepada mereka yang mempunyai pendapatan kasar tidak melebihi RM5,000 sebulan dan keutamaan akan diberikan kepada pemohon belia yang sudah berkahwin”

Selain itu, permohonan adalah kepada pemohon bagi rumah pertama dan masih belum memiliki rumah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 10 Jun 2024
Hiburan Wed, 6 Aug 2025
Trending Thu, 12 Nov 2020
Trending Tue, 27 Apr 2021

Adik Dijangkiti Covid-19, Nadia Annuar Dedah Bagaimana Dia Menghadapi Stigma Masyarakat Dalam Bersoal Dengan Lipton

Pengacara Nadia Annuar berkongsi bagaimana cara dia menghadapi stigma masyarakat ketika adiknya, Harris Annuar disahkan positif Covid-19. Menceritakan perkara terbabit kepada hos Fiza Frizzy, Nadia meluahkan isi hatinya dalam program Bersoal Dengan Lipton. Kekal positif, […]

Featured Thu, 18 May 2023
Featured Wed, 17 Jul 2024

Rita Rudaini Mohon Terbit Podcast Berilmu, Penggunaan Bahasa Kasar & Isu Sensitif Bukan Perkara Remeh – “Biar Santai Tapi Bagi Impak Positif”

Min Setuju 💯. Biarlah podcast yang diterbitkan tu memberi banyak input untuk penonton. Beru cenggini👍👍👍

error: Content is protected !!