Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 26, 2024 @ 3:36pm

Rita Rudaini Dakwa Tindakan SUHAKAM Tidak Adil? – “Mana Hak Asasi Arwah Zulfarhan?”

Pelakon Rita Rudaini tampil memberikan respons selepas pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengeluarkan kenyataan berhubung kematian Allahyarham Zulfarhan Osman.

Menerusi laporan Berita Harian, SUHAKAM membantah hukuman gantung sampai mati yang dikenakan ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut itu tujuh tahun lalu.

Dakwanya, hukuman mati bukan penyelesaian yang adil dan berkesan ke atas pesalah-pesalah itu.

ARTIKEL BERKAITAN:“Sebab Tu Lah Saya Paling Pantang Dengar Kes Buli Ni” – Ulas Isu Zulfarhan, Rita Rudaini Anggap Budaya ‘Pulau’ Perbuatan Jahat

Kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan pihak SUHAKAM, Rita kemudian mempersoalkan adakah kematian Zulfarhan adil dan tidak memberi kesan kepada rakyat Malaysia, selain bertanya tentang dimanakah  hak asasi arwah.

“Bukan penyelesaian adil atau berkesan? (KATA SUHAKAM) Kematian arwah? Adil? Tak beri kesan pada satu Malaysia?

“SUHAKAM Hak Asasi Untuk Semua… Katanya.

“Mana hak asasi arwah Zulfarhan? Makin pelik ye manusia ni,” ulasnya.

Dalam hantaran berlainan di ruangan Instagram Stories juga, Rita turut mempertikaikan tentang bagaimana suspek seramai enam orang itu mahu berkhidmat dan berbakti kepada negara memandangkan kesemua enam orang kena tahan (OKT) itu sanggup berlaku kejam terhadap arwah.

Sebelum ini, Rita antara rakan artis yang lantang menyuarakan pendapatnya mengenai kes kematian sadis arwah Zulfarhan menerusi platform media sosialnya.

Malah, dia juga nekad mahuh isu buli yang berlaku di sekolah mahupun asrama dibanteras dengan kadar segera.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 21 Oct 2019
Hiburan Tue, 5 Sep 2023
Drama Wed, 8 Oct 2025

Jeon Yeo-Been Ubah Segalanya Dalam Drama Terbaharu, Ms. Incognito! Saksikan Sekarang Di Tonton

Ms. Incognito mula ditayangkan serentak di Korea dan Malaysia bermula 29 September 2025, eksklusif di Tonton!

Drama Fri, 28 Mar 2025

Umie Aida Tegas Jaga Batas, Amal Wuduk Sepanjang Penggambaran

Pelakon berbakat besar, Datin Seri Umie Aida, tegas dalam menjaga batas pergaulan di set penggambaran, terutama ketika berlakon dengan pelakon bukan mahram.

Hiburan Mon, 31 Jul 2023

Kongsi Mesej Dengan Arwah Ibu Ubai, Shila Amzah Janji Akan Ingat Segala Pesanan – “Terima Kasih Atas Pinjaman Waktu…”

“Lagi seminggu je Mak, minggu depan majlis Sha dan Ubai…” 🥹😭 Pergi yang tak akan kembali, yang tinggal hanya kenangan 🥹 Al-fatihah

Featured Tue, 24 Jul 2018

Pelukis Papar Keindahan Egypt Menerusi Fesyen Cutouts. Kreatif & Luar Biasa!

Muhammed Salah mempromosikan negaranya dalam cara yang cukup unik dan kreatif menerusi seni indahnya.

Trending Sat, 23 May 2020
Hiburan Thu, 30 Oct 2025
Featured Fri, 23 Sep 2022
error: Content is protected !!