Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 31, 2023 @ 11:28am

Kongsi Mesej Dengan Arwah Ibu Ubai, Shila Amzah Janji Akan Ingat Segala Pesanan – “Terima Kasih Atas Pinjaman Waktu…”

Penyanyi, Shila Amzah berkongsi perbualan mesej bersama bakal ibu mentuanya, Allahyarhamah Rohani Jamal yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhir, petang Ahad.

Menerusi hantaran tersebut, ibu kepada tunangnya, Ubaidillah MZ memberi pesanan kepadanya agar sentiasa menjaga diri dengan baik serta menzahirkan rasa sayangnya.

“Sha jaga diri baik-baik ya.. Mak sayang Sha selalu,” tulis arwah.

Dalam foto berkenaan, pelantun lagu popular Patah Seribu ini berkata dia akan menjaga Ubai dan adik-beradiknya dengan baik.

“Sayang Mak sampai bila-bila. Sha jaga Ubai, jaga Alieya. Kami kuat Mak… adik-beradik semua kuat,” tuturnya.

Shila amzah

Sementara itu, Shila turut memuat naik foto bersama arwah ibu Ubai di Instagram menarik perhatian ramai yang telah dibanjiri komen sayu dan ucapan takziah daripada rakan selebriti serta pengikutnya.

Shila meluahkan rasa sedih apabila bakal ibu mentuanya itu tidak sempat untuk menyaksikan majlis perkahwinannya bersama Ubai yang akan berlangsung pada minggu hadapan di awal bulan Ogos.

“Mak, terima kasih atas pinjaman waktu ini mak. Lagi seminggu je mak, selamat majlis Ubai dan Sha.

“Mak adalah mak yang baik dan penyayang, isteri yang sangat baik, anak yang baik, kakak yang baik, Sahabat yang baik kepada semua yang sayangkan mak.

“Sha sayang mak Lillahita’ala. Selamat pergi ke negeri Abadi, Al-Fatihah,” ujarnya.

shila amzah

Terdahulu, ibu Ubai meninggal dunia pada jam 6:45 petang Ahad akibat setelah bertarung dengan kanser ovari.

Artikel Berkaitan: Bertarung Dengan Kanser Ovari, Ibu Ubai MZ Meninggal Dunia

Pada Isnin lalu, ibu Ubai ditidurkan ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas menjalani pembedahan membuang ovarinya yang mengalami pendarahan pada bahagian rahim sejak 8 Julai lalu.

Menurut Ubai atau nama lengkapnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zukefli, ibunya telah disahkan menghidap kanser ovari tahap tiga pada Januari lalu.

Terdahulu, ibu Ubai sempat menitipkan pesanan kepada anaknya untuk meneruskan perkahwinan bersama Shila pada Ogos depan akan diteruskan walau apa pun terjadi.

Artikel Berkaitan: Sebak! Ini Pesanan Ibu Ubai Sebelum Ditidurkan – “Tolong Jaga Diri, Adik & Teruskan…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 22 Mar 2025

Shakilla Khoriri Dakwa Fizi Ali Lepas Tanggungjawab? – “Hak Ameena ‘Ghaib’, Itu Ke Kasih Sayang Sampai Mati?”

Shakilla mendakwa pihaknya dilarang untuk menelefon anaknya ketika di bawah jagaan Fizi

Featured Mon, 15 Dec 2025

Rita Rudaini Lantang Sokong Saranan Kerajaan Isu Culas Bayar Nafkah – “Kalau Tak Sampai Kiamat Pun Tak Settle”

Menurut Rita, isu nafkah bukan perkara baharu dan sudah berlarutan sejak sekian lama tanpa ada jalan penyelesaian.

Hiburan Mon, 24 Feb 2025

“Saya Sedang Pujuk Ustaz Ceraikan Saya, Selepas Ini Ustazah Rose Akan Kembali Monogami” – Nora Ariffin Bakal Berpisah Kali Kedua?

Mengaku bersalah, Nora Ariffin akan turuti permintaan anak tiri minta cerai dengan Ustaz Rushdi Ramli

Featured Sun, 13 Aug 2023
Gaya Hidup Thu, 22 Aug 2024

RASA ‘FLAGSHIP’ HARGA MIDRANGE!!! Siri HONOR 200 Ciri-Ciri AI Canggih Dengan Spek Fotografi Unggul!

Ada berita baik bagi penggemar selfie dan fotografi! Korang tahu tak, HONOR 200 dah ada dipasaran Malaysia? Ala, telefon pintar dengan inovasi kamera terkini untuk tahun 2024? Tidak hanya memiliki keupayaan kamera yang menakjubkan dengan teknologi […]

Hiburan Mon, 21 Apr 2025
error: Content is protected !!