Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir October 31, 2023 @ 7:41pm

Berkahwin Kerana Ingin Berteman, Sabri Yunus & Angeline Tan Tidak Mahu Terbeban Besarkan Anak – “Tak Wajar Untuk Kami Hantar Anak Ke…”

Pelakon Sabri Yunus memberitahu dia dan isteri, Angeline Tan tidak merancang untuk memiliki zuriat pada usia yang sudah lanjut.

Memetik laporan Utusan, mereka hanya mahukan kehidupan yang tenang dan selesa tanpa terbeban dengan membesarkan anak.

“Kami sudah berusia, saya 62 tahun manakala isteri 56. Tidak wajar lagi untuk kami menghantar anak ke sekolah dan sebagainya.

“Kalau nak mempunyai anak biarlah kita mampu dari segi kesihatan dan kewangan. Tak perlu susahkan hidup kalau tak mampu.

“Biarlah usia tua kami dalam gembira, tidak terbeban. Kasihan saya dengan orang-orang tua yang terpaksa menjaga cucu. Itu menyusahkan mereka,” katanya.

Sementara itu, Angeline juga bersetuju dengan Sabri memandangkan mereka sudah mempunyai zuriat sendiri.

“Lagipun kami masing-masing sudah memiliki anak. Tapi saya tak bezakan, anak Sabri ibarat anak kandung saya sendiri.

“Kami berkahwin untuk berteman, pergi ke mana-mana ada sesama kami untuk menjaga satu salam lain. Itu lebih manis,” ujar Angeline.

Untuk rekod, Sabri dan Angeline mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober lalu selepas tiga tahun mengenali antara satu sama lain secara rapat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 27 Dec 2025

“Lepasni Aku Tak Nak Komen Dekat Mana-Mana Influencer, Selebriti Lagi Lah….” – Puteri Balqis Kecewa Niat Beri Sokongan Di Salah Tafsir

Aqish nekad untuk tidak lagi meninggalkan komen terhadap mana-mana pempengaruh mahupun selebriti selepas ini.

Hiburan Fri, 21 Nov 2025
Hiburan Tue, 19 Feb 2019
Trending Sun, 24 Dec 2023

Gara-Gara Hilang Sebelah Payudara Akibat Kanser, Suami Tergamak Ceraikan Isteri – “Orang Macam Ni Mampu Hidup Setahun Sahaja!”

Tergamaknya suami tinggalkan isteri di saat-saat dia sakit macam tu…siap hina lagi tu😥😭🥺

Hiburan Thu, 24 Aug 2023
Featured Tue, 28 Sep 2021

Kerajaan Tangguh Gelembung Pelancongan Ke Pulau Tioman Dan Genting Highlands

Kerajaan menangguhkan gelembung pelancongan domestik di Pulau Tioman dan Genting Highlands yang dilaporkan dibuka pada 1 Oktober ke satu tarikh akan dimaklumkan kelak. Menurut Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim, ia susulan kenyataan Perdana Menteri, […]

error: Content is protected !!