Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 24, 2025 @ 12:54am

“Saya Sedang Pujuk Ustaz Ceraikan Saya, Selepas Ini Ustazah Rose Akan Kembali Monogami” – Nora Ariffin Bakal Berpisah Kali Kedua?

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin mendedahkan bakal memohon cerai buat kedua kali terhadap suami, Ustaz Dr Rushdi Ramli bagi menuruti permintaan anak tirinya.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Nora yang secara terbuka telah memohon maaf kepada anak tirinya bersama madu, Ustazah Rose dalam satu kenyataan dimuat naik di Instagram Story (IGs) miliknya pada malam, Ahad

Dalam hantaran sama juga, pelantun lagu Di Persimpangan Dilema ini turut memaklumkan dia sudah memadam foto bersama suaminya di IG.

“Saya mohon maaf kerana menerima lamaran dan berkahwin secara sah dengan Ustaz Rushdi. Setelah Ustaz didesak untuk ceraikan saya, Ustaz kembali rujuk kepada saya. Saya minta maaf kerana terima dan rujuk kembali.

“Saya minta maaf kerana memuat naik gambar bersama Ustaz. Saya sudah pun memadam semua gambar berdua kami, yang ada cuma gambar ramai-ramai.

“Saya akan penuhi permintaan Alia dari dulu lagi untuk kami bercerai. Insya-Allah, Ustazah Rose akan kembali monogami seperti yang diinginkan.

“Saya sedang memujuk Ustaz untuk ceraikan saya buat kali kedua supaya tiada kata-kata fitnah, caci maki, hasut menghasut masyrakat membenci, memburukan nama saya di media sosial.

“Saya minta maaf dan mengaku semuanya salah saya. Ustazah Rose insan yang mulia, tidak pernah salah,” katanya.

Konflik antara Nora bersama anak tirinya bermula sejak Disember tahun lalu selepas dia mendakwa ahli keluarga suaminya, Ustaz Rushdi Ramli menggelarkannya dengan panggilan tak senonoh.

Di patform X, individu wanita menerusi akaun @missruhsdi yang dipercayai anak kepada suami penyanyi berusia 51 itu telah memuat naik tangkap layar memaparkan Nora reda dengan ujian tersebut.

Namun begitu, wanita yang menggunakan nama sebagai Aya itu seolah-olah menafikan dakwaan tersebut serta mempersoalkan mengapa selebriti ini tidak henti cuba memburukkan ahli keluarganya.

Pada 12 Ogos 2024, Nora memuat naik video diceraikan oleh suaminya dengan talak satu dalam video berdurasi 52 saat dalam IG.

Bagaimanapun, Nora berkata, perceraian berlaku sebelum tarikh video itu dimuat naik.

Namun begitu, Nora mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Ustaz Dr Rushdi Ramli pada 14 September 2024.

Artikel Berkaitan: Kesal Digelar S*ndal, Anak Tiri Pula Dakwa Ada Pelbagai Bukti ‘Perbuatan’ Nora Ariffin? – “Banyak Kali Dia Try Hard Nak Burukkan Keluarga Aku”

Artikel Berkaitan: Anak Tiri Nora Ariffin Meruntun Jiwa, Kongsi Gambar Ibu Bapa – “Yang Dah Kahwin Berpuluh Tahun Ni Tak Ada Tayang Menayang”

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Dec 2022

Comelnya Gelagat Tyra Kamaruzzaman Menjerit Teruja Dapat Mainan Bubble Bazooka Sempena Birthday!

Pempengaruh jelita, Tyra Kamaruzzaman berkongsi keterujaan menerima hadiah mainan sempena hari ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini. Menerusi hantaran tersebut, Tyra sedang membuka setiap hadiah yang diterima dan menjerit teruja ketika menerima mainan Bubble Bazooka. Bukan […]

Hiburan Sat, 2 Aug 2025
Hiburan Tue, 9 Jul 2019
Trending Mon, 15 Oct 2018

十万IG粉丝热议「人体器官甜点」你敢下咽吗?

新加坡设计师QIXUAN LIM擅长以人体的各种器官制作甜点,其中婴儿脸造型的食物,更是逼真到令大家难以下咽;唯她澄清「本来就不是提供大家食用的。」

Featured Fri, 10 Jun 2022
Trending Sat, 8 May 2021

Semua Bazar Ramadan, Aidilfitri DiTUTUP Mulai Isnin

Semoga urusan para peniaga dipermudahkan

error: Content is protected !!