Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 7, 2023 @ 6:38pm

[VIDEO] Didakwa Promosi Golongan Lelaki Untuk Berpakaian Menyerupai Wanita Di Konsert? Ini Respons Aina Abdul – “Itu Identiti & Hak Mereka”

Konsert berskala besar penyanyi terkenal, Aina Abdul yang berlangsung di Axiata Arena pada bulan lalu sebelum ini hangat menjadi perbualan ramai di media sosial.

Bertemakan ‘Aina Abdul’, ramai peminat tegarnya yang hadir tampil dengan penampilan persis seperti busana-busana mega yang pernah dipakai oleh pelantun lagu popular Sepi itu.

Susulan itu, ada segelintir netizen yang mendakwa Aina dikatakan mempromosi elemen LGBT dalam konsert A Night With Aina Abdul (ANWAA) 3.0 itu.

Jelas Aina, dia tidak bermaksud untuk menggalakkan peminat lelaki yang hadir dengan menggayakan imej seperti wanita sehingga dikritik telah melanggar tuntutan agama.

“Saya amat gementar untuk menjawab isu ini.. Pertama kali saya bukan seorang yang pakar dalam bidang ini dan saya tahu sekiranya kita kaji, isu ini berkaitan dengan agama, jantina dan pelbagai isu yang kontroversi.

“Apa yang saya boleh katakan ialah saya tidak mempromosikan mesej sedemikian (LGBT) malah tak pernah keluar kenyataan dari mulut saya mengatakan saya sokong golongan itu dalam karier Aina Abdul.

“Itu hak mereka untuk berpakaian seperti itu, ada yang biasa, ada yang extravaganza. Itu tanda mereka sokong saya. Saya tak rasa mereka nak bagi ‘negative vibes’. Saya melihat perkara (penampilan di konsert) tersebut dalam sudut positif.

“Bagi saya, ini adalah identiti masing-masing… terpulang bagaimana mereka nak mengggambarkan diri masing-masing dan ia di luar kawalan saya,” ujarnya.

Sementara itu, Aina turut bertegas mengatakan sekiranya penampilan mereka itu tidak mengancam mana-mana pihak, dia tidak akan masuk campur kerana itu adalah identiti masing-masing.

@xtra_my

Yang penting Aina sayangg semua fans dia ❤️ #xtra #xtramy #beritaditiktok #beritaterkini #sembangentertainment #ainaabdul

♬ original sound – XTRA – XTRA

Pemilik lagu Jangan Mati Rasa Itu ini turut menghargai peminat-peminatnya yang tidak henti memberi sokongan sepanjang karier seninya.

“Cuma saya sayang semua orang lelaki, perempuan atau lain-lain sebab mereka sokong saya, beli produk saya, pergi konsert saya.

“Selagi pemakaian segelintir peminat itu tak mencetuskan keganasan atau mengancam nyawa seseorang, saya tak akan masuk campur untuk menghalang mereka,” ujarnya lagi.

Aina berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media Aina Abdul Live In Singapore di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sebelum ini, Aina berhasrat untuk membuka galeri ‘Aina Abdul’ untuk mempamerkan lebih 200 koleksi busana mega yang pernah digayakannya sepanjang berkecimpung sebagai penyanyi.

Artikel Berkaitan: 200 Koleksi Mega Busana Disimpan Rapi, Aina Abdul Berniat Nak Buka Galeri – “Semua Saya Tak Basuh Sebab Ada Nilai Sentimental” 

Artikel Berkaitan: 30% Set List Lagu Akan Berbeza Dari ANWAA 3.0, Konsert A Night With Aina Abdul Singapura Lebih Mencabar

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Setuju Kalau Kita Nak Samakan Konsert Aina Abdul Dengan Coldplay” – Lah Ahmad

Artikel Berkaitan: Aina Abdul Berhabis RM400,000 Untuk Busana, Azhar Sulaiman Persoal Pendapatan Penyanyi Masa Kini – “Singers Are Making Serious Money Ke?”

Artikel Berkaitan: Warganet Kata RM400,000 Membazir Untuk Baju Konsert? Busana Aina Abdul Disamakan Dengan Tanghulu, Rama-Rama Patah Sayap… Ada Yang Guna Fabrik Emas Seberat 40 KG!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 23 Mar 2019

Feast on Your Ramadhan Delights at The Largest Ramadan Baazars!

Many other activities and products up for sale too.

Hiburan Mon, 29 Jan 2018

Sporting habis ayah Yuna, cayalah!

Bapa Yuna, Datuk Indera Mat Zara’ai Alias membuat kejutan dengan menghadiahkan 2 buah lagu untuk anak beliau sewaktu majlis persandingan

Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Featured Thu, 10 Nov 2022
Featured Thu, 15 Dec 2022
Hiburan Wed, 15 May 2019

Biarlah Lambat Popular…

Biarlah lambat popular pun, asalkan saya masih tahu batas dan berusaha jaga aurat.

Hiburan Mon, 20 Aug 2018

Rashidi- Vanidah Imran Bawa Haluan Masing-Masing?

Memetik laporan portal hiburan Mstar, Vanidah atau Vee memberitahu dia enggan mengulas gosip berkenaan kerana tidak mahu memanjangkan isu.

FESYEN Thu, 11 Apr 2019
Featured Fri, 20 Dec 2024

Dakwa Difitnah, Jay Iswazir Mahu Bekas Isteri Mohon Maaf – “Kalau Gagal Saya Tuntut Ganti Rugi”

, Jay menyerahkan notis tuntutan (LOD) menerusi peguamnya pada Khamis.

error: Content is protected !!