Euforia Bola 2026
Featured By: Nurul Hana June 13, 2023 @ 6:54pm

“Dia Ni Okay Je Sebenarnya, Yang..” – Solat Dalam Kapal Terbang, Iqram Dinzly Buat Netizen Sebak

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial mengenai pelakon Iqram Dinzly yang sedang solat dalam kapal terbang dan ia telah meraih perhatian ramai.

Menerusi perkongsian di TikTok, Iqram sedang menunaikan solat Zohor paling awal dalam kalangan penumpang.

“Bismillahirahmanirrahim. Ditakdirkan satu flight dengan Iqram Dinzly pada 14/05/2023. Pengakhiran kita tak pasti, yang pastinya, dia solat paling awal dalam semua penumpang.

“Sebab time check in bertindan ngam-ngam waktu Zohor. Dahla ada turbulence after that. Insaf sekejap. Whatever the media is reporting, this is what I witnessed,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@syarifahnabilahbi2 Bismillahirrahmanirrahim. Ditakdirkan satu flight dengan @Yang Mulia IQ Dinzly pada 14/05/2023. Pengakhiran kita tak pasti, yang pastinya, dia solat paling awal dlm semua penumpang. Sbb time check in bertindan ngam2 waktu Zohor. Dahla ada turbulence after that 🥺 Insaf sekejap. Whatever the media is reporting, this is what I witnessed. #iqramdinzly #mstaronlineofficial #spiritualawareness ♬ Tasbih Dzikir – IFTAH QULUBANA

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak dan kagum melihat tindakan aktres berumur 41 tahun itu menjaga solatnya.

Malah, ada yang berkongsi pengalaman mereka pernah berjumpa dengannya.

“Kagum tengok orang boleh jaga solat walaupun dalam flight. Solat bagi menghormati waktu. Bagus sebenarnya Iqram Dinzly ni. Nanti dah landing boleh qada semula solat.

“Saya pernah duduk semeja dengan beliau. Dia sahabat kepada suami. Dia sebenarnya sejenis yang menjaga solat pada awal waktu dan seorang yang pembersih ya amat,” ujar netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 24 Oct 2019
Hiburan Fri, 5 Apr 2019

Bengang Punya Pasal, Aziz M Osman Label Netizen ‘Bodoh Sombong’?

Dah ada yang halal, yang haram jugak korang nak kan?

Featured Fri, 25 Nov 2022

Aeril Zafril Tak Boleh Melawat Nad Zainal Gara-Gara…

Sebab apa eh Aeril tak boleh melawat Nad?

Events Fri, 15 Jul 2022
Featured Wed, 27 Jun 2018

Lepas Tengok Gambar Scary Ini, Anda Takkan Lagi “Terlupa” Untuk Tanggalkan Maskara Sebelum Tidur

Seorang wanita tak tanggalkan maskaranya dengan betul. Inilah akibatnya.

Hiburan Thu, 19 Apr 2018

‘Beliau Yang Saya Kenal, Sentiasa Jinjing Beg Telekung Ke Mana-Mana,’ -Rizalman

“Jadi, awaslah hati dan tingkah laku kita dari sekarang kerana jika anda melihat isu ini dari sudut keimanan maka anda akan dapat jawapannya, tulis Rizalman…

error: Content is protected !!