Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi December 19, 2023 @ 6:30pm

Gayakan Hoodie Nampak Leher, Netizen Tanya ‘Ada Hint Nak Buka Tudung Ke’… Ini Respons Aprena Manrose

Pelakon Aprena Manrose menjadi perhatian apabila membuat perkongsian di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Aprena memuat naik momen dirinya ketika menghadiri kelas riadah berbasikal.

Adik kepada aktres jelita, Nelydia Senrose itu juga mempamerkan foto dirnya berswafoto di hadapan cermin.

Dalam foto tersebut, Aprena mengenakan hoodie rona merah jambu dipadankan dengan topi.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah netizen mendakwa Aprena hanya mengenakan topi sahaja sehingga menampakkan bahagian lehernya.

Menjengah ke ruangan balas, ada netizen yang mempersoalkan apakah Aprena juga akan menanggalkan hijab kelak dek kerana penampilannya sebegitu.

“Ada hint-hint nak buka tudung ke? Harap kuat kan semangat untuk kekal bertudung yer,” komen seorang pengguna.

Tidak berdiam diri, Aprena tampil membalas komen tersebut dengan menyatakan agar semua dapat doakan yang terbaik buat dirinya.

“Real people ke ni? Ke fake acc? Terima kasih doakan baik baik,” balas Aprena.

Terdahulu, Aprena mengaku iman di dada turun naik dan bukan mudah untuk menetapkan pendirian apabila muncul dengan imej bertudung sejak dua tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:  Enggan Komen Dakwaan Nelydia Senrose Tanggal Tudung… Aprena Manrose Mohon Doa Yang Baik-Baik, Mengaku Bukan Mudah Untuk Diri Kekal Istiqamah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Fri, 4 Oct 2019
Featured Sun, 25 Sep 2022

Scha Alyahya & Awal Ashaari Jumpa Lee Min Ho, Ramai Cemburu

Seronoknya, Scha & Awal jumpa Lee Min Ho!

Hiburan Tue, 14 Jan 2025

Izara Aishah Lebih Tegas Lepas Bertudung, Pilih Naskhah Kisah Keluarga Daripada Cinta 

Izara Aishah tolak drama tentang cinta, bayaran lebih setimpal

Hiburan Thu, 26 Dec 2019

Pujuk Isteri, Ada Apa Dengan Tajul?

Terus-terang, saya mohon maaf kepada isteri…

Hiburan Fri, 25 Aug 2023
Hiburan Wed, 13 Feb 2019

‘Doakan Billy Kuat…’- Lana Nodin Sebak Jantung Anak Terhenti 10 Minit

Semoga segala urusan Lana & keluarga dipermudahkan.Insya Allah…

Hiburan Fri, 22 Aug 2025

Irfan Haris Beri Hint Majlis Fattah Amin & Amira Othman Dalam Masa Terdekat? – “Sepantas Ini, Semua Dari Illahi”

Irfan Haris kongsi foto didakwa majlis bertunang Fattah Amin dan Amira Othman

error: Content is protected !!