Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 29, 2025 @ 6:45am

“Selepas Arwah Moon Pergi, Hampir 2 Bulan Tak Mampu Urus Diri… Ada Kawan Datang Rumah Suap Makan” – Dee

Pelakon, pengacara dan pelawak terkenal, Dee atau nama sebenarnya, Syed Muradzi Syed Shamsul mendedahkan mengambil hampir 19 tahun untuk menerima kenyataan kehilangan sahabat baiknya, Allahyarham Syeikh Munir Syeikh Mahmud atau mesra dipanggil Moon.

Menurut Dee, arwah yang meninggal dunia akibat serangan strok pada 9 November 2005 bukan sekadar teman rapat, malah rakan kongsi perniagaan kerana mereka bersama-sama mengusahakan sebuah salun selepas tidak lagi aktif di kaca televisyen.

“Selepas saya tidak lagi muncul di program TV, arwah tetap ada bersama. Kami bekerja bersama di salun setiap hari, seolah-olah sudah seperti keluarga. Sebab itu bila dia pergi, saya sangat terkesan.

“Saya seorang yang bila sudah sayang, saya akan sayang sepenuh hati. Buruk baik saya terima. Jadi bila arwah meninggal, memang berat untuk saya terima,” katanya ketika berkongsi pengalaman bersama Dr Healing atau nama sebenarnya, Dr Hisham Dzakiria, baru-baru ini.

Dee mendedahkan pemergian Moon memberi kesan mendalam hingga dirinya mengalami tekanan emosi yang berlarutan hampir dua bulan.

“Selepas pengebumian, saya balik ke Kuala Lumpur dan ketika di lapangan terbang, saya rasa kosong. Hampir dua bulan saya tidak mampu urus diri, malah ada kawan yang datang rumah suap makan.

“Setiap kali sebut pasal arwah Moon, saya pasti sebak dan menangis. Rindu itu masih ada walaupun sudah 20 tahun dia pergi,” katanya dengan nada sebak.

Tambahnya lagi, setiap kali menunaikan umrah, dia tidak pernah lupa menitipkan doa buat sahabatnya itu.

“Kali kedua saya di hadapan Kaabah, saya serahkan segalanya kepada Allah. Saya minta ampun untuk arwah Moon. Masa itu baru saya benar-benar melepaskan, walaupun rindu itu tetap ada setiap hari,” ujarnya.

Dalam perkongsian itu, Dee turut mengenang impian arwah Moon yang tidak kesampaian.

“Arwah sebenarnya bercita-cita membuka restoran sendiri sebelum pemergiannya, namun hasrat itu tidak kesampaian.

“Kini saya bersama Zack Zaid dan isterinya, Nurul Natasha membuka restoran Saprah KL. Zack sudah lebih 25 tahun menjadi pengurus saya dan dia bersama isterinya banyak membantu menjayakan impian ini. Saya percaya arwah pasti bangga kerana saya teruskan sesuatu yang dia cintai,” katanya.

Sementara itu, Dr Hisham menasihati Dee agar tidak memendam perasaan terlalu lama kerana meluahkan rasa adalah sebahagian daripada proses penyembuhan.

“Dr Hisham kata, menangis bukan tanda kelemahan, tetapi kekuatan kerana kita berani meluahkannya. Beliau malah buat sesi terapi menggunakan botol berisi air. Saya diminta pegang botol itu beberapa minit sebelum melepaskannya ke lantai sebagai simbolik kepada melepaskan kesedihan dan beban emosi,” kata Dee lagi.

Mengakhiri perkongsian, Dee berkata kehilangan Moon menjadikan dirinya lebih menghargai makna persahabatan dan kasih sayang.

“Kasih sayang bukan mudah untuk dijual beli. Bukan semua orang sanggup ada dengan kita ketika susah dan senang. Saya selalu anggap arwah Moon seperti pergi bercuti. Hakikatnya, doa dan ingatan adalah cara saya melepaskan rindu,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 6 Apr 2026

Hujan Raikan 20 Tahun, Konsert Besar Bakal Gegar Bukit Jalil

Hujan bakal meraikan perjalanan dua dekad mereka dalam industri muzik menerusi sebuah konsert berskala besar pada 27 Jun 2026 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Trending Fri, 20 Nov 2020
Kes Mahkamah Wed, 27 Dec 2023

Tuntut Ganti Rugi Sebanyak RM5 Juta, Ustaz Ahmad Husam Saman Fitnah Terhadap 4 Individu

Empat individu yang difailkan saman fitnah ialah pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri Keenam, Muhammad Mukhlis Maghribi, 36, dan bekas Presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA), Zamil Ibrahim, 56.

Manakala, dua lagi individu ialah Ku Muhammad Khairul Amzad Ku Ahmad, 24, dan Mohd Fairus Shaari@Mohd Fazli, 29, yang dituduh bersekongkol memfitnah pendakwah tersebut.

Featured Tue, 17 Jan 2023
Hiburan Thu, 1 Nov 2018

Oh La La…Pertama Kali Dengar Terus Jatuh Chinta!

Saya mahu lagu gamelan Melayu yang diberi nafas baru ini dibawa ke peringkat antarabangsa.

Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Ini Baru From ‘Zero To Hero’, Shuib Kini Bergelar Jutawan?

Jika jutawan, saya sudah ada wang berjuta-juta, tetapi saya belum sampai ke tahap itu. Insya-Allah, saya sedang berusaha ke arah itu kerana bukan baru setahun dua berniaga.

Featured Sat, 12 Apr 2025

Video Gender Reveal Tular, Elisya Sanda Bakal Timang Baby Boy

Lebih istimewa, pasangan ini bakal menimang seorang bayi lelaki.

error: Content is protected !!