Euforia Bola 2026
Kes Mahkamah By: Atiqah Johari December 27, 2023 @ 8:07pm

Tuntut Ganti Rugi Sebanyak RM5 Juta, Ustaz Ahmad Husam Saman Fitnah Terhadap 4 Individu

Pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Husam Muhamad Baderudin telah memfailkan saman fitnah terhadap empat individu dengan jumlah RM5 juta kerana sebuah kenyataan fitnah sebelum ini di Mahkamah Tinggi Alor Setar.

Memetik laporan Harian Metro, empat individu yang difailkan saman fitnah ialah pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri Keenam, Muhammad Mukhlis Maghribi, 36, dan bekas Presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA), Zamil Ibrahim, 56.

Manakala, dua lagi individu ialah Ku Muhammad Khairul Amzad Ku Ahmad, 24, dan Mohd Fairus Shaari@Mohd Fazli, 29, yang dituduh bersekongkol memfitnah pendakwah tersebut.

Berdasarkan writ yang dikemukakan, saman berkenaan difailkan menerusi firma guaman Tetuan Zain Megat & Murad pada 14 Disember lalu, selepas notis tuntutan yang dikeluarkan pada 13 November lalu, tidak mendapat respon daripada individu berkaitan.

Peguam yang mewakili Ustaz Husam, Muhammad Asyraf Abd Aziz mendakwa Mukhlis telah memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram beliau iaitu ‘sesiapa nak tgk Ustz Scammer boleh pi standby kat Mahkamah Kangar esok (22/6/23) pagi, lebih kurang pukul 8.30am’.

Kongsinya lagi, individu yang dikenali sebagai Zamil kemudian menulis dan mengeluarkan pelbagai kenyataan fitnah antaranya satu video yang dimuat naik di Facebook dengan menuduh Ahmad Husam kononnya sebagai penipu, menyalahgunakan wang derma orang ramai dan wang zakat.

“Plaintif menegaskan bahawa kenyataan fitnah yang diterbitkan defendan dalam notis berkenaan adalah berniat jahat bagi memberi kesan serta gambaran amat buruk kepada orang ramai bahawa plaintif adalah seorang penunggang agama yang tidak amanah, penipu dan tidak boleh dipercayai.

“Ahmad Husam mendakwa bahawa kesemua kenyataan yang dibuat Mukhlis dan Zamil bukan saja memfitnahnya, tetapi tuduhan jahat itu dibuat selepas beliau enggan membayar RM400,000 kepada Mukhlis.

“Wang sebanyak RM400,000 itu adalah sebagai wang penyelesaian bagi satu siasatan yang dikatakan dilakukan polis terhadap Ahmad Husam,” ujarnya.

Susulan itu, Ahmad Husam telah menuntut ganti rugi am sebanyak RM5 juta, permohonan maaf daripada defendan, perintah supaya defendan tidak mengulangi kenyataan fitnah seumpamanya, perintah supaya kenyataan fitnah berkaitan dipadamkan oleh defendan dan ganti rugi teruk.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 31 Mar 2019

Jual Anak Kembar Dengan Harga RM35 Ribu Setiap Seorang Angkara Hutang

Lan dan isterinya ditahan polis dan disoal sisasat di mana kedua-duanya telah mengaku menjual bayi kembar mereka demi mendapatkan wang bagi melunaskan hutang.

Kes Mahkamah Fri, 22 Dec 2023
Hiburan Fri, 30 Dec 2022
Trending Wed, 7 Apr 2021
Trending Wed, 26 Jun 2024
Featured Thu, 7 Jul 2022
Featured Tue, 13 Jun 2023
error: Content is protected !!