Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 20, 2021 @ 2:22pm

Memang Power, Samsung Tampil Dengan Exynos 2100 & Sensor Kamera 108-MP!

Peneraju teknologi telefon pintar, Samsung memperkenalkan cip pemprosesan terbaharu mereka iaitu Exynos 2100.

Exynos 2100 merupakan cip pemprosesan mercu terkini dan ia adalah pemproses mudah alih bersepadu bersepadu 5G pertama syarikat terbabit.

Menariknya, ia dibina berasaskan kepada teknologi 5-nanometer (nm) nod proses ultra ungu – extreme ultra violet (EUV).

Cip canggih ini menggunakan gabungan teras Cortex-X1 pada kelajuan 2.9Ghz, tiga teras Cortex-A78 pada kelajuan 2.8Ghz, dan empat teras Cortex-A55 pada kealjuan 2.2Ghz.

Menurut Inyup Kang, Presiden Sistem LSI Business, Samsung Electronics, Exynos 2100 adalah pemproses mudah alih paling cekap dan maju.

“Ia dilengkapi dengan teknologi pemprosesan paling canggih dan modem 5G menerusi 5-nm nod proses. Exynos 2100 akan menetapkan standard baharu dalam peranti flagship.

“ARM dan Samsung telah menjalin kerjasama untuk menggabungkan platform komputasi dan grafik generasi dalam Exynos 2100.

“Hasil daripada kerjasama terbabit, ia berupaya memaksimumkan prestasi dan menjadikan pengalaman ini menjadi kenyataan pada peranti mudah alih generasi sekaligus memberikan hayat bateri yang luar biasa,” katanya.

Ditawarkan untuk peranti flagship Samsung Galaxy S21, ia sangat istimewa kerana direka khas untuk menawarkan kuasa yang efisien kepada pengguna dengan penjimatan bateri sebanyak 20 peratus!

Selain itu, siri Samsung Galaxy S21 dilengkapi dengan kamera sensor ISOCELL HM3 serba baharu dan canggih, memang power!

Dengan saiz sensor 108-megapixel, ia bakal mengabadikan setiap momen secara terperinci dan jelas serta fungsi Super PD Plus mampu untuk membuatkan fokus terhadap sesebuah subjek dapat dirakam secara pantas dan tepat!

Pencahayaan malap atau terlalu terang di sesuatu tempat tidak menjadi masalah kerana kehadiran Smart ISO Pro juga membolehkan peranti merakamkan foto terbaik!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 25 Oct 2023

Emosi Misha Omar Terkesan, Hati Robek Atas Nasib Menimpa Palestin… – “Tak Boleh Tidur, Hampir Deactivate Akaun”

‘Peluk anak rasa dia lain, sukar nak digambarkan dengan kata-kata’ – Misha Omar 😢

Hiburan Fri, 24 May 2024
Trending Wed, 3 Jul 2019

Kerana Sampah Tak Jumpa Handbrake!!!

Kereta Penuh Sampah Hingga Hampir Kemalangan Gara-Gara Tak Jumpa ‘Hand Brake’

Featured Mon, 16 Jan 2023
Trending Mon, 2 Jul 2018

13 Menteri, 23 Timbalan Angkat Sumpah Di Istana Negara

Sejurus penerimaan surat cara pelantikan, Syed Saddiq melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum mewakili Ketua Hakim Negara dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Featured Wed, 30 Mar 2022
error: Content is protected !!