Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 14, 2023 @ 2:55pm

Sah Bercerai, Puteri Sarah Sudi Bertentang Mata Dengan Ira Kazar? Ini Jawapan Empunya Badan

“No comment.”

Demikian respons aktres Puteri Sarah Liyana, 38, ketika disoal mengenai kesudiannya untuk bertentang mata bersama isteri kepada bekas suaminya yang juga pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.

Sah bercerai talak satu dengan Syamsul, Sarah juga tidak mahu mengulas lanjut mengenai kes saman yang difailkan terhadap Ira sebelum ini.

“Mengenai kes dengan dia pun, saya tak boleh dedahkan lebih lanjut,” katanya yang turut memberikan bayangan semuanya sudah selesai.

Sementara itu, peguam syarie mewakili Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata, pihak mereka masih belum berkongsi lanjut mengenai perkara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sempat Salam Cium Tangan Buat Kali Terakhir, Syamsul Yusof Cerai Puteri Sarah Talak 1

“Kes itu belum lagi dan tidak termasuk, bila di mahkamah tinggi baharu kami akan keluarkan mengenai perkara itu.

“Setakat ini belum boleh dikongsi lagi. Sebab kami kena ke mahkamah tinggi untuk merekodkan semuanya, jadi ia masih dalam proses dan berstatus sulit (confidential),” katanya.

Sebelum ini, Sarah memfailkan tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) serta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Ira Kazar pada penghujung Jun lalu.

Kemudian, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sudah pun menetapkan tarikh perbicaraan kes saman terhadap Ira Kazar, pada 25, 28 dan 29 Ogos hadapan.

Terdahulu, pada 18 Ogos tahun lalu, media melaporkan Ira ditahan JAWI. Sebelum itu, pada 20 Ogos tahun lalu media turut melaporkan Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan Ira hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Sep 2022
Hiburan Fri, 3 Jan 2025
Featured Sun, 11 Jun 2023

Disney In Concert: Live Your Dream Bakal Diadakan Di Genting Highlands!

Wahh Disney In Concert akan datang lagi Julai ni! 😍

Filem Fri, 23 Feb 2024
Hiburan Wed, 28 Nov 2018

黄鸿升、玉兔、李艳馨来马宣传《舞极限》

配合电影《舞极限》即将上映,导演李闳杰将于12月1日至3日,携演员小鬼、玉兔和李艳馨一起北中南马展开电影宣传活动。

Featured Fri, 25 Nov 2022
error: Content is protected !!