Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 3, 2025 @ 12:22pm

Bakal ‘Busking’ Lagu Kesetiaan, Talita Menangis Peluk Shuib… Tak Sangka Impian Menyanyi Depan Orang Ramai Tercapai 

Pelawak dan usahawan, Shuib berkongsi sebuah video bersama anak perempuannya, Dzahira Talita Zahra, 11, yang telah menyentuh hati ramai.

Dalam video tersebut, Shuib memberitahu anaknya bakal membuat persembahan di hadapan orang awam buat pertama kali bersama sebuah radio di Bukit Bintang, jam 9 malam ini.

Pihak radio berkenaan meminta Talita menyanyikan dua lagu berjudul Bayangan Gurauan dan Kesetiaan secara ‘busking’.

Shuib terkejut apabila Talita menangis selepas diberitahu mengenai perkara tersebut sekali gus tidak menyangka bahawa impian anaknya untuk menyanyi dihadapan orang ramai akhirnya tercapai.

“Rupa-rupanya, Talita terlalu nak menyanyi depan orang ramai dan dia memang menunggu peluang macam ini. AllahuAkbar!

“Semoga Allah permudahkan urusan Talita, daddy akan selalu ada di belakang Talita, I’m your biggest fan. Satu keluarga akan turun beri sokongan pada awak,” tulisnya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa terharu dan mendoakan agar segala urusan berjalan lancar.

Sebelum ini, bapa Allahyarham Siti Sarah iaitu Raisuddin Hamzah berkongsi video mengajar cucu perempuannya, Talita teknik menyanyi sambil baring.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Raisuddin Ajar Talita Menyanyi Teknik Baring Sama Seperti Allahyarham Siti Sarah – “Mengimbau Balik Kenangan”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 8 Feb 2019

Ini Doa Sang Mantan Buat Emma Maembong

Semoga netizen tidak menyerang pelakon ini lagi di ruangan komen miliknya

Featured Thu, 29 Sep 2022
Trending Wed, 13 May 2020

Malaysia Tidak Lupa Salur Bantuan Covid-19 Buat Palestin

Semoga anak-anak kecil dan saudara kita disana dilindungi selalu.

Hiburan Sun, 2 Mar 2025

“Denda RM3,000 Terhadap Aliff Aziz, Ruhainies Adalah Hukuman Maksimum Mahkamah Syariah Bagi Kesalahan Khalwat” – Menteri Agama

Menurut Menteri Agama, mahkamah tidak boleh menjatuhkan hukuman lebih berat kerana tertakluk kepada undang-undang sedia ada.

Featured Wed, 3 Aug 2022
error: Content is protected !!