Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari September 29, 2022 @ 8:11pm

Jawab Isu Sindiran Baby Shima, Ustazah Asma Sudi Anjur Konsert Bersama Artis Tetapi…

Susulan isu penyanyi dangdut, Baby Shima menyindir seorang pendakwah bebas sebelum ini gara-gara tidak bersuara mengenai konsert yang dianjurkan di Kelantan.

Baru-baru ini, pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun tampil menjelaskan mengenai penganjuran konsert tersebut yang menimbulkan rasa ketidakpuasan hati penyanyi Baby Shima.

Ujar Ustazah Asma, dia tetap mengambil kesempatan untuk menjelaskan isu ini walaupun agak terlambat.

“Terima kasih Cik Shima. Buka mata kami, wujudnya konsert di Kelantan seperti ini.

“Saya agak ketinggalan dalam isu ini, baru dapat menelitinya semalam. Ada hikmah apa yang Cik Shima bangkitkan,” tulis Ustazah Asma.

Sehubungan itu, Ustazah Asma memaklumkan bahawa penganjuran tersebut mempunyai kawalan dan syarat yang ketat yang terkandung dalam Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 Kelantan serta Garis Panduan Kawalan Hiburan 2003.

“Tahniah kepada kerajaan negeri Kelantan. Masyarakat mula melihat ada satu negeri yang bersungguh dalam menguruskan kehendak manusia untuk berhibur agar mengikut syariat, walaupun di sana masih ada banyak ruang yang boleh dibaiki,” jelasnya.

Namun begitu, Ustazah Asma turut menjelaskan bahawa para pendakwah bukan anti akan Baby Shima atau penyanyi sepertinya.

“Kepada Cik Shima yang menyeru dan tidak berpuas hati dengan penceramah dan pendakwah yang berdiam seolah tidak bersuara dan tidak berlaku adil.

“Suka untuk diberitahu bahawa saya sendiri dan para pendakwah tidak pernah sesekali anti secara khusus pada Cik Shima ataupun mana-mana penyanyi dan penari seperti anda,” tulisnya lagi.

Malah, Ustazah Asma memberitahu bahawa mereka sudi untuk menganjurkan konsert tertutup khusus buat perempuan sahaja jika Baby Shima atau mana-mana artis yang sudi.

“Bahkan kami sudi dan boleh aturkan satu konsert yang tertutup khusus buat perempuan sahaja dan seandainya Cik Shima dan rakan artis sudi, kitab oleh sama-sama mengalunkan lagu yang sesuai, nasyid ataupun berqasidah. Saya benar-benar maksudkannya. Bukan hanya untuk menyindir,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ustazah Asma’ turut mengharapkan industri hiburan di Malaysia akan berlandaskan pada syariah seperti digariskan agama pada penutup hantarannya.

“Sahabat semua, muzik bukanlah satu perkara yang boleh dihukumkan sebagai harus secara mutlak atau diharamkan secara mutlak.

“Para ulama’ yang mengharamkan muzik dan nyanyian telah menyatakan alasan dan hujah mereka secara terperinci, manakala yang mengharuskan pula menetapkan syarat-syarat dan garis panduan yang mesti dipatuhi,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 Jan 2025
Hiburan Thu, 15 May 2025
Trending Mon, 25 Apr 2022
Events Fri, 27 Jul 2018

Jurnal Minggu Ke-2 : #daiTV3 Singkap Kehidupan Di Sebalik Tirai Besi

Dan, apa yang menariknya bukan layanan istimewa yang bakal-bakal dai’ kita ni dapat ya, mereka juga tidak terlepas dari mendapat layanan sama seperti penghuni tirai besi ini. Jom kita saksikan klip menarik #daiTV3 minggu ini!

Hiburan Fri, 5 Apr 2019

Peminat Nak Bunuh Diri, Ini Reaksi Faizal Tahir!

Faizal memberitahu bahawa ramai peminat menghubunginya apabila beliau memuat naik satu video di Instagram story dan meletakkan nombor telefonnya 2 bulan yang lepas supaya peminat boleh menghubunginya secara peribadi.

Featured Tue, 10 Jan 2023
Hiburan Mon, 19 Nov 2018

#Mentor7: ‘Taufiq Patut Diberi Peluang Lagi’ -Siti Nordiana

Saya akan bantu semampu yang boleh untuk dia membina nama dalam industri nyanyian. Dia juga masih ‘hijau’ dan belum miliki apa-apa pengalaman sebelum ini.

error: Content is protected !!