Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 15, 2023 @ 12:01pm

[VIDEO] “Jangan Pisahkan Kasih Antara Ayah & Anak” – 4 Bulan Tak Berjumpa, Adam Shahz Kongsi Momen Manis Bersama Puteri Sulung

Perkongsian terkini pelakon, Adam Shahz yang telah berjumpa dengan puteri sulungnya, Ivy Herra Sophia, 7, meraih perhatian ramai di media sosial.

Memuat naik momen manis bersama anak di TikTok, ramai dalam kalangan warganet meluahkan rasa sayu apabila akhirnya Adam dan Ivy bersatu semula selepas dikhabarkan lebih empat bulan dihalang berjumpa.

Menerusi video-video tersebut, Adam membawa anaknya itu menonton wayang, makan ice cream dan cake bersama serta bersiar-siar di pusat membeli-belah.

“Weekend movie with love,” tulis Adam ringkas di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen memuji penampilan puteri sulungnya itu yang tampak sangat manis bertudung meskipun masih kecil.

Terdahulu, Adam atau nama sebenar Nor Shah Azli Abdol Ghani, 41, menfailkan tuntutan hak penjagaan ke atas Ivy kerana mendakwa sudah lebih empat bulan tidak bertemu anaknya.

Hal ini susulan bantahan yang difailkan Fatin selaku defendan terhadap Adam (plaintif) yang memohon hak lawatan, bersama dan bermalam terhadap anak mereka.

Bagaimanapun, dua prosiding telah dilakukan dan mereka masih belum mencapai kata sepakat.

Susulan itu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah menangguhkan kes berkenaan untuk sebutan kali kedua pada 17 April depan.

Untuk rekod, Adam dan Fatin berkahwin pada 21 Disember 2013, namun bercerai pada Mei 2017.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Tuntutan Hak Penjagaan Anak: Adam Shahz Mohon Hak Lawatan Tapi Fatin Afeefa Bantah, Maklum Empat Bulan Tak Jumpa Anak

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Awang Mengaku Lebih Gemar Bermain ‘Forex’, Fatin Afeefa Label Suami ‘Red Flag’?

ARTIKEL BERKAITAN: “Ayam Oh Ayam… Kenapa Wujud Lelaki Macam Ni?” – Fatin Afeefa, Adam Shahz Gagal Capai Kata Sepakat, Opai Luah Rasa Kesal!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 22 Nov 2022

“Kenapalah Anak Kedua Macam Ni…”- Asyalliee Ahmad

Sudah pasti ramai yang mengenali pempengaruh Asyalliee Ahmad atau lebih mesra disapa Asya yang pernah menjadi bualan ramai selepas mula popular dengan video tular ‘macam cantik je, macam comel je’. Walaupun kini dirinya sudah bergelar […]

Featured Wed, 19 Oct 2022
Hiburan Fri, 6 Sep 2019

Tom Holland is Not Happy at People Spreading Rumours of His Love Life

Our favourite Spider-Man finally addressed his dating rumour with a mystery woman.

Hiburan Wed, 26 Oct 2022
Hiburan Wed, 17 May 2023
error: Content is protected !!