Euforia Bola 2026
Konsert By: Atiqah Johari December 13, 2023 @ 10:03am

Imbau Nostalgia Di Zepp KL Buat Peminat! Sweet Charity Kembali Dengan ‘Konsert Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity’

Melebihi lima dekad pembabitan dalam dunia muzik Rantau, band legenda, Sweet Charity bakal beraksi di Kuala Lumpur bagi mengimbau nostalgia selepas kali terakhir muncul dalam sebuah konsert pada 13 tahun lalu.

Acara yang diberi nama Konsert Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity ini bakal menyajikan persembahan dalam tempoh tiga jam yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 26 Januari 2024 dibawah anjuran Malaysia Shipowner’s Association.

Band Sweet Charity ini diterajui oleh penyanyi Datuk Ramli Sarip sebagai vokalis dan juga pengasasnyya bersama Rahman Sarbani (drummer), Rosli Mohalim (gitaris) dan Ahmad Jaafar (keyboard dan vokalis kedua).

Luah Ramli, lamaran untuk Sweet Charity kembali beraksi di Kuala Lumpur ibarat pucuk dicita ulam mendatang.

“Konsert ini ada nilai sentimental kerana ia diadakan di Kuala Lumpur selepas kali terakhir kami beraksi di Stadium Merdeka pada 2011 yang menjadi fenomena. Sesuatu seperti ini kadang hanya datang sekali, atau dua kali, ia tidak boleh selalu melainkan ada momen istimewa.

“Sweet Charity dikenali dengan persembahan livenya, jadi pemilihan lagu yang tepat adalah penting. Selain bernostalgia, jangkakan sebuah persembahan yang segar kerana kami memiliki lagu-lagu yang boleh diolah, dibuat susunan baharu, termasuk antara 15 lagu dalam senarai all-time favourite seperti Batu, Kamelia, Teratai dan Zakiah.

“Dan kenapa Semalam di Malaya? Judul yang nostalgia, zaman kami di Singapura, merentasi Johor menaiki bas, tanpa perlu pasport sebelum ada pemisahan negara. Banyak kenangan di situ,” katanya pada sidang media.

Walaupun, Zepp Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi yang boleh memuatkan seramai 2,500 penonton namun ia mampu memenuhi jangkaan persembahan kerana tempat itu ada formula untuk mendukung sesebuah konsert daripada suasana ke akustiknya malah chemistry.

Malah, tidak mengenepikan kemungkinan untuk konsert yang mengenakan bayaran tiket dengan harga serendah RM180 itu dilanjutkan kepada dua hari.

“Penganjur ini, saya lihat, mahu buat sesuatu yang mereka lalui, ketika mereka membesar, namun memberi kebebasan untuk kami mengekspresikan seni. Konsert Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity ini sememangnya tidak harus dilepaskan peminat.

“Kerana Sweet Charity, persembahannya ada roh dan semangat yang tersendiri, seperti mana-mana band apabila sampai pada kedewasaannya. Mudah-mudahan persembahan kami lebih dewasa dengan perasaaan,” tambahnya.

Bukan itu sahaja, Ramli turut memaklumkan akan membawa kelainan dalam persembahan Sweet Charity yang sebelum ini dalam dua konsert berskala besar di Johor Bahru dan Singapura tahun ini.

“Sama tapi tak sama,” kata Ramli, merujuk perbandingan dengan konsert di Singapura, baru ini. “Persembahan di Kuala Lumpur akan lebih padat, malah ada peminat yang sudah menonton di Singapura, mahu ke Kuala Lumpur juga.

“Gaya persembahan, tentunya akan memberikan kelainan kerana Sweet Charity ada aura tersendiri, kekuatan tersendiri. Orang sukakan Sweet Charity kerana persembahan livenya dan itulah yang menjadi kekuatan kami selama lebih 50 tahun ini.

“Sweet Charity tidak begitu dipengaruhi oleh apa-apa kerana pada masa itu, pada era akhir 60an, tiada video, VHS pun tiada. Jadi kami mencipta identiti sendiri, membawa muzik rock, memberikan apa yang kami rasa, perasaan waktu membuat persembahan itu.”ujarnya lagi.

Apapun, Ramli harap mereka sekumpulan diberi kesihatan yang baik untuk beraksi dihadapan penonton.

“Mudah-mudahan kami sihat, dapat berikan yang terbaik untuk peminat, juga industri. Lima dekad perjalanan Sweet Charity moga jadi penggalak buat band tanahair, terutamanya pelapis. Kami cuba menghargai apa yang dikurniakan, apa yang dianugerahkan untuk dikongsi.

“Bukan saja dalam muzik atau persembahan, tapi juga perjuangan untuk dikongsi sama. Jika boleh jangan ada banyak pertelingkahan antara satu sama lain, mesti bersatu, tapi kalau terjadi juga kadang hal sebegini mengajar kita. Itu yang membuatkan kita terus ada,” katanya.

Untuk makluman, tiket dijual bermula harga RM180 (Batu – Free Standing), RM308 (Sejuta Wajah – Normal Seat), RM388 (Zakiah – Premium Seat) dan bermula RM15,000 bagi VIP Box boleh didapatkan dengan melayari www.ilassotickets.com.my atau hubungi hotline +60 11-1329 7822.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 18 Apr 2022

Rugi RM152,500… Lelaki Didakwa Menipu ‘Bakal Isteri’

Seorang lelaki dituduh menipu seorang wanita wang tunai dan barang kemas untuk perkahwinan yang tak wujud..

Featured Thu, 16 Jun 2022

#SeoulSaranghae: BTS ‘Hiatus’, Mahu Fokus Projek Solo

Tak kan lah ‘Hiatus’ kannnnn…. Mau menangis hakak!

Featured Thu, 1 Dec 2022
Featured Mon, 28 Jun 2021

Bantuan Khas COVID-19 RM800 Buat B40 & RM250 Buat M40 Ogos Ini

Menerusi pakej perlindungan rakyat dan pemulihan ekonomi (PEMULIH) yang disampaikan oleh Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini, kerajaan komited untuk terus membantu ekonomi rakyat. Menurut beliau, selain B40, golongan isi rumah dan […]

Hiburan Tue, 28 Jan 2025

“Kalau Ini Zuriat Saya Kekalkan, Jika Sebaliknya… Keluarkan” – Along Cham Berserah Isteri Alami Keguguran

Along Cham buat solat tahajud, dapat tahu isteri keguguran selepas keluar penjara

Hiburan Fri, 19 Dec 2025

“Saya Nak Stabil Sebelum Nikah” – Hasrat Kahwin Umur 30 Tahun Tak Kesampaian, Syahir Shafein Fokus Kerjaya

Syahir Shafein terpaksa menangguhkan hasrat berkahwin pada usia 30 tahun dan akur jodohnya masih belum tiba.

Trending Fri, 6 Nov 2020

Malaysia Dijangka Alami Pertembungan 2 Wabak Hujung Tahun Ini

Jangan leka dan dapatkan suntikan jika perlu

Featured Wed, 11 Mar 2026

“Jangan Melampaui Batas, Selagi Saya Boleh Diam, Saya Diam”- Jazmy Juma Perjelas Dakwaan Cepat Melenting

Jazmy Juma menjelaskan dirinya bukanlah seorang yang pemarah atau cepat melenting apabila ditegur susulan tindakannya meminta peminat untuk tidak selalu bertanyakan mengenai hal peribadinya.

error: Content is protected !!