Euforia Bola 2026
Featured By: Dharnieya Nur Amelsa November 22, 2022 @ 4:57pm

“Kenapalah Anak Kedua Macam Ni…”- Asyalliee Ahmad

Sudah pasti ramai yang mengenali pempengaruh Asyalliee Ahmad atau lebih mesra disapa Asya yang pernah menjadi bualan ramai selepas mula popular dengan video tular ‘macam cantik je, macam comel je’.

Walaupun kini dirinya sudah bergelar seorang isteri dan ibu kepada tiga orang anak, namun dia masih tetap menjadi tumpuan ramai.

Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik sendiri oleh Asya di laman TikTok yang berjaya meraih perhatian ramai.

Menerusi hantaran tersebut, Asya sedang bercakap dan merakam anak bongsu lelakinya, Hayyan Malique.

Secara tiba-tiba, anak keduanya, Siti Helena Adrianna muncul secara mengejut dari tepi sehingga terlanggar Hayyan.

@asyallieeahmad08Kalau dah namanya ANAK KEDUA♬ original sound – Asyalliee Ahmad ♡

“Kenapalah anak kedua macam ini,” tulis Asya di dalam video tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju perangai sebenar anak kedua memang lasak dan ganas.

“Anak kedua selalu menguji kesabaran. Nak tegur kena ada cara lembut baru jalan. Kalau kau marah lagi dia buat perangai.

“Anak kedua memang extreme ye macam anak saya.

“Pelik-pelik perangai anak no 2 ini… sebab saya macam itu juga.

“Memang perangai menyakitkan hati pastu bila bergaduh adik beradik lain kena mengalah dengan dia kalau tak semua kena ceramah.

Malah, ada juga segelintir yang membandingkan perangai anak kedua dan anak ketiga memandangkan anak ketiga merupakan seorang yang penyabar.

“Dan anak ketiga lah paling penyabar. Tapi kau tunggu nanti dia balas. Hahahaha,” tulis salah seorang netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 603,000 tontonan, 71,000 tanda suka dan 338 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 31 May 2019

小东生日愿望成真!东于哲出道十年上海首开个唱

郭晓东生日愿望成真!东于哲出道十年,在上海首开个唱。

Featured Wed, 3 May 2023
Events Wed, 17 Jul 2019

Tahniah! Isteri TMJ Selamat Lahirkan Putera Raja

Tahniah TMJ dan Che Puan Khaleeda!

#tilljannah Tue, 16 Dec 2025

“Saya Welcome All! Saya Tak Tapis Ikut Bangsa” – Khairul Aming Perjelas Isu Hanya Ambil Pekerja Melayu

Menurut Aming, dia sama sekali tidak menetapkan sebarang tapisan berdasarkan bangsa, sebaliknya…

Hiburan Thu, 30 Nov 2023

Perdana Menteri Prihatin Nasib Pelakon Veteran, Mak Jah Terima Sumbangan

Alhamdulillah, semoga Mak Jah dapat gunakan sebaiknya sumbangan tersebut.

Events Wed, 22 Apr 2020
Featured Sun, 23 Sep 2018
Featured Tue, 2 May 2023

Tak Berminat Beli Barang Berjenama, Nabila Huda Ikhtiar Cari Pil Dapat Zuriat Hingga Ke London?

Insya-Allah ada rezeki Abil dengan suami, semoga dipermudahkan

Hiburan Thu, 19 Jun 2025
error: Content is protected !!