Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 3, 2023 @ 3:50pm

Kongsi Video Hujahan Prof. Muhaya Tentang Pihak Ketiga, Isteri ND Lala Label Penyondol Sebagai Hati Kering! – “Mereka Bukan Kuat, Tapi…”

Konflik rumah tangga penyanyi senior 80-an, Datuk ND Lala bersama isterinya, Datin Fauziah Sarman sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesaian.

Ia ekoran bapa kepada penyanyi terkenal Shila Amzah telah berkahwin lain bersama seorang wanita muda.

Menerusi hantaran terbaru di Instagram, Fauziah berkongsi tiga nasihat kepada penyondol yang dihujah oleh pakar motivasi, Prof Datuk Dr Muhaya Mohamad.

Di ruangan kapsyen, Fauziah menggelarkan penyondol atau pihak ketiga ini sebagai individu yang mempunyai sikap hati kering.

“Orang kata penyondol seorang yang kuat, susah nak nangis?! Pada saya bukan kuat.. Mereka sejenis hati kering!,” tulisnya berserta tanda pagar ingat balasan Allah.

Umum mengetahui Fauziah juga sering berkongsi kata-kata semangat atau doa yang disukainya di laman Instagram Stories (IGs) miliknya.

Perkongsian terbarunya mencuri perhatian selepas memuat naik kata-kata yang sangat mendalam, seolah-seolah menceritakan isi hatinya yang terpendam.

Di hantaran tersebut, Fauziah berkongsi ayat yang berbaur seperti kesilapan yang dilakukan oleh seseorang itu akan berbalik kepada diri sendiri.

“Jangan bermain air jika takut basah. Jika kamu bermain api, harus siap terbakar. Jika kamu menyakiti, suatu saat akan tersakiti.

“Jangan bangga dengan apa yang kamu lakukan, semua itu akan berbalik padamu.

“Kerana apa yang kamu tanam itulah yang akan kamu tuai,” tulisnya.

Sebelum ini, anaknya, penyanyi Syada Amzah berkongsi kata-kata semangat buat ibunya yang menyambut ulang tahun dan Hari Raya Aidlfitri sendirian tanpa suami disisi.

ARTIKEL BERKAITAN: ND Lala Tidak Kelihatan, Syada Amzah Jaga Emosi Ibu Semasa Hari Raya – “Kesian Tengok Dia Sebab…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan Baru Sekali…” – Tak Tahan Diabaikan, Isteri ND Lala Dedah Ditinggalkan Berkali-Kali

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 4 Jan 2023

Isma Sane Lebih ‘Feel’ Bawa Derita Versi Piano & String

Versi piano dan string ni lagi sedih min dengar

Hiburan Fri, 12 Jan 2018

Farid Kamil Direman Empat Hari

Farid Kamil selama empat hari untuk membantu siasatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis

Hiburan Wed, 9 May 2018

Raih 90 Undi, Diva AA Tak Lupa Janji!

Siapa pun yang memimpin negara, ‘biaq pi’… yang penting kita semua sudah melalui peristiwa warna-warni sepanjang PRU-14.

Featured Tue, 2 Aug 2022

“Penat Nak Berpura-Pura” – Amelia Henderson Beri Bayangan Hubungan Dengan Aedy Ashraf Berakhir, Netizen Mohon Lebih Profesional!

Ciapan yang dibuat oleh pelakon Aedy Ashraf di laman Twitter miliknya baru-baru ini mencetuskan tanda tanya terutamanya mengenai status hubungannya bersama aktres Amelia Henderson. Kali ini peminatnya pula berasa kecewa dengan dakwaan tersebut kerana menganggap […]

Trending Wed, 8 Apr 2020
Featured Thu, 10 Feb 2022

Penyanyi Apo Kono Eh Jang Meninggal Dunia

Innalillahwainnailaihirrojiun. Al-Fatihah.

Trending Sun, 7 Jun 2020
error: Content is protected !!