Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 13, 2022 @ 11:52am

#SeoulSaranghae : Pemain Squid Game 001 Menang Golden Globe Awards, Ini Komen Ogy Ahmad Daud – “Tak Perlu Followers Berjuta, Tapi Dihormati Sebab…”

Semestinya siri fenomena global, Squid Game menjadi contoh bahawa bakat lakonan seseorang pelakon harus datang bersama pakej penting iaitu kualiti lakonan tanpa mengira usia dan pengaruh jumlah followers.

Buktinya, kemenangan pelakon veteran Korea Selatan yang juga pemain bernombor ‘001’ dalam siri popular Squid Game, Oh Young Soo yang dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Golden Globes Awards Ke-79 baru-baru ini.

Kemenangan aktor yang berusia 77 tahun itu sekaligus membuatkan pelakon dan penerbit, Ogy Ahmad Daud tampil menyuarakan pendapatnya mengenai isu pelakon dan jumlah followers yang ramai seperti yang sedang hangat dipertikaikan di negara kita.

“Ini baru aktor hebat, terus menang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Golden Globe Awards 2022.

““Tak perlu juta-juta followers. Mutu lakonan dan fahaman watak menambat para juri Hollywood menganugerahkan Oh Young Soo Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk siri Squid Game,” katanya.

Menurutnya, apa yang penting dalam diri seseorang anak seni itu adalah bakat, pengalaman dan juga ilmu.

“Tiada pun dia terima panggilan ‘otai’ tapi dia dihormati sebagai aktor senior.

“Yang dihargai bakat, pengalaman, ilmu yang ada pada dirinya,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fauziah Ahmad Daud (@kak_ogy)

 

Pada anugerah berkenaan juga, Young Soo berjaya mengenepikan saingan daripada pelakon hebat lain seperti Kieran Culkin yang dicalonkan menerusi siri Succession, Brett Goldstein (Ted Lasso), Mark Duplass (The Morning Show) dan Billy Crudup (The Morning Show).

Selain Young Soo, aktres berusia 73 tahun, Youn Yuh-jung menjadi pelakon pertama Korea Selatan memenangi trofi Oscar pada Anugerah Grammy 2021 yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angelas.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Hiburan Wed, 22 Apr 2026

Karnival Jom Heboh x Mega JPJ MADANI 2026 Meriahkan Batu Kawan, Pulau Pinang Hiburan, Aktiviti & Perkhidmatan Rakyat!

Acara ini bakal berlangsung selama tiga hari di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang bermula 24 hingga 26 April ini.

Featured Fri, 15 Dec 2023
Trending Mon, 29 Aug 2022
Trending Tue, 7 Mar 2023
Trending Tue, 21 Aug 2018

Alamak…Ini Baru Betul-Betul ‘Roti Terbang’

Roti Terbang kini menjadi sebutan netizen ini nampaknya meraih perhatian ribuan penonton. Hebat si tukang tebar ni. Keep it up bro!

error: Content is protected !!