Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir May 17, 2022 @ 6:13pm

Akibat Tunggang Basikal Lajak, Pemuda Lumpuh & Hilang Kaki Kiri Sejak 14 Tahun… Mahu Bangkit Ubah Nasib Diri!

Seorang pemuda yang kini lumpuh dan kehilangan kaki kiri akibat menunggang basikal lajak berazam untuk bangkit mengubah nasib diri.

Muhammad Saad Zainuddin, 28, berkata dia ingin memulakan hidup baru dan melupakan tragedi hitam yang menyebabkan kehilangan upaya dan lumpuh paras pinggang ke bawah.

Bagi mengelakkan jangkitan kuman, kaki kirinya terpaksa dipotong.

Tambahnya, sekarang dia mahu menumpukan perniagaan keluarga iaitu menjual pelbagai jenis makanan seperti nasi lemak ayam berempah dan goreng pisang di Jalan Yahya Awal.

“Kini saya mahu bangkit memulakan hidup baru walaupun lumpuh dan hilang upaya. Saya kini ditugaskan menjaga kaunter di kedai makan diusahakan keluarga yang dibuka mulai jam 7 pagi hingga 12 tengah malam.

“Apabila bekerja sepenuh masa seperti ini, saya mula mendapat semangat baru dan mahu melupakan episod hitam yang melanda hidup saya,” katanya.

Menurut Muhammad Saad, aktiviti menunggang basikal lajak bermula sejak dia berusia 11 tahun kerana terpengaruh dengan trend basikal lajak yang sedang memuncak ketika itu.

Selain itu, dia mengubah suai basikal menjadi basikal lajak dengan mengumpul duit elaun membantu ibu bapanya berniaga untuk mendapatkan barangan terpakai.

“Pada mulanya, saya hanya menunggang basikal lajak bersama kawan di laluan kampung berhampiran rumah, namun tidak lama selepas itu, saya mula berani menunggang di jalan utama di sekitar bandaraya ini termasuk lokasi tumpuan basikal lajak iaitu di Jalan Lingkaran Tengah, lokasi sama yang mengorbankan lapan remaja pada 2017.

“Keberanian itu akhirnya membawa padah pada 10 Ogos 2008 ketika saya berusia 14 tahun. Ketika menunggang basikal lajak di Jalan Lingkaran Tengah itu bersama tiga lagi rakan, basikal ditunggang merempuh sebuah kenderaan yang sedang parkir di tepi jalan itu.

“Ia menyebabkan saya mendapat kecederaan parah iaitu terkoyak di kepala selain pengsan di lokasi kejadian yang tidak sampai 150 meter dari tempat kejadian lapan remaja basikal lajak yang maut.

“Saya hanya tersedar apabila sedang dirawat di hospital. Pada mulanya, doktor yang merawat hanya mensyaki saya mengalami hilang ingatan. Namun apabila menjalani pemeriksaan lanjut, doktor mengesahkan saya lumpuh dari pinggang akibat kecederaan serius pada tulang belakang,” katanya.

Selepas mendapat tahu berita yang dia mungkin akan lumpuh seumur hidup, Muhammad Saad tidak dapat menerima takdir itu.

Dirinya seperti hilang semangat untuk hidup apabila dikatakan kaki kirinya juga terpaksa dipotong bagi mengelakkan jangkitan kuman.

“Saya mengalami kemurungan selama tiga tahun selepas tragedi itu dan trauma untuk keluar rumah.

“Bagaimanapun, sokongan dan dorongan kuat ahli keluarga dan teman rapat akhirnya berjaya memulihkan kemurungan dan semangat saya. Walaupun, saya kehilangan upaya keluarga terutama ibu, ayah dan adik beradik terus membantu saya termasuk untuk menguruskan diri terutama untuk ke bilik air.

Muhammad Saad turut berpesan kepada remaja untuk meninggalkan aktiviti basikal lajak yang membahayakan diri dan pengguna jalan raya lain.

“Ambil iktibar kisah saya yang kini lumpuh dan hilang upaya. Lupakanlah basikal lajak. Keseronokan hanya sementara, jika terbabit kemalangan, kita akan merana seumur hidup.

“Pengalaman yang saya lalui ini bukan membanggakan, ia cukup pahit dan menyakitkan namun menginsafkan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 9 Jun 2018

「毛巾卷一卷」就能折出可爱泰迪熊

喜欢自己动手DIY做些小东西的朋友,一定不能错过这篇!

Automobile Mon, 26 Feb 2018

Teksi Terbang Uber Menjelang 2020!

Perkhidmatan teksi terbang ni dijangka beroperasi pada tahun 2020.

Hiburan Thu, 6 Mar 2025

Penyanyi ‘Bea Sobar Bea’ & Empat Rakan Bebas Tuduhan Miliki D*dah, Namun Berdepan Penahanan Sebulan Lagi

Peguam tertuduh, Sufian Abdul Aziz, memaklumkan bahawa pendakwaan mempunyai tempoh sebulan untuk mengemukakan rayuan

Featured Wed, 3 Nov 2021

Bayi Berusia 14 Hari Maut Dalam Rempuhan Kereta Dengan Lori Tanah

Seorang bayi lelaki berusia 14 hari maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Gelung Gajah, Bakar Bata di Ayer Tawar pada Rabu. Menurut laporan Berita Harian, kejadian berlaku apabila Perodua Kancil dinaiki bayi berkenaan […]

Hiburan Fri, 7 Mar 2025

Syukur Dijauhkan Dari Kawan Bermuka-muka, Luahan Nur Fazura Mengenai Makna Persahabatan Raih Tanda Tanya

Nur Fazura syukur kerana telah diberikan petunjuk mengenai sikap sebenar orang sekelilingnya

Trending Thu, 8 Oct 2020
error: Content is protected !!