Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 21, 2023 @ 5:30pm

“Yang Saya Belajar Isteri Pertama Untuk Dihargai, Isteri Kedua Untuk Dicintai” – Kongsi Video Deeptalk, Abang Tesla Bikin Ramai ‘Naik Hantu’

Selepas berkongsi momen terakhir bersama isteri pertamanya sebelum diijab kabulkan untuk kali yang kedua, pempengaruh media sosial, Muhammad Khal Iltizam Yusry atau dikenali sebagai Abang Tesla mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen.

Malah, kenyataannya yang menyifatkan isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai sekali lagi mengundang kemarahan rata-rata warganet.

Menerusi perkongsian sebuah video yang tular di TikTok, Muhammad Khal kelihatan berada didalam sebuah kereta bersama isteri pertamanya sambil meluahkan perasaan kurang senangnya terhadap kritikan yang diterima sebaik sahaja perkahwinan keduanya itu diketahui umum.

Abang Tesla

Menurutnya, ramai dalam kalangan masyarakat yang masih tidak tahu  maksud sebenar poligami melainkan ia adalah proses untuk menjadikan seseorang individu itu termasuklah dirinya lebih menghargai sesuatu.

“Satu Malaysia kecam saya, awak tahu kan? Tapi ye lah tak boleh nak salahkan mereka tak boleh.

“Sebab ramai je yang mengamalkan poligami tapi ikut jalan yang salah. Dan tak belajar betul-betul. Kalau nak dibandingkan kecaman dengan sakit hati awak (isteri pertama) lagi sakit hati awak. 

“Ramai yang tanya, tak sayang bini ke? Dia bukan tak sayang… tapi apa yang saya belajar sepanjang proses kita nak berpoligami ni ramai yang tak faham. Saya sekarang ni lebih belajar menghargai. Kalau dulu saya tak menghargai sesuatu dan awak pun sekarang ni rasa lebih menghargai tak?

“Dan ada orang tanya kalau sayang kenapa kahwin dua? Tapi apa yang saya belajar dan ustaz cakap adalah sama iaitu isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai,” katanya.

Dalam pada itu, dia juga menyatakan, bahawa golongan wanita terutamanya isteri adalah golongan yang paling mudah untuk masuk ke dalam syurga iaitu dengan hanya mentaati penciptanya dan juga suami.

“Allah itu maha adil, dimana perempuan itu senang masuk neraka dan senang masuk syurga. Sebab apa senang? Sebab hanya taat pada Allah dan juga taat pada suami. Dan kenapa wanita juga senang masuk neraka adalah bila mereka tak taat pada Allah dan tak taat pada suami.

“Itu sebenarnya yang mereka (masyarakat) tak faham dan hanya kaitkannya dengan nafsu semata-mata. Sama dalam proses ni, kalau kita nampak proses poligami ni dengan indah maka kita akan nampak ia indah begitu juga sebaliknya,” jelasnya.

 

Menjengah ke ruangan balas berkenaan, rata-rata masyarakat meninggalkan pelbagai respons termasuklah ada yang ‘naik hantu’ mendengar luahan hati Abang Tesla tersebut.

Bahkan, ada yang turut bersimpati dengan isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari yang kelihatan terpaksa reda dengan tindakannya suaminya itu.

“Kalau yang pertama dihargai yang kedua dicintai kenapa tak yang pertama dihargai dan dicintai. Pagi-pagi dah baut aku baran!

“Kena faham reaksi isteri, kalau dia diam apa maksud dia?

“Ya Allah baiknya isteri dia. nampak sakit tapi terpaksa senyum. Yang Abang Tesla ni kenapa buat aku tak lalu makan.

“Pandainyaa dia cakap putar belit.

“Apa dia meraban ni? Isteri dia jawab sepatah-sepatah tu sebab tak tahan sebak!,” komen netizen.

@abg.tesla Isteri yg sangat menjaga Aib & Maruah suami. Nak berpoligami boleh, Tapi jangan membelakangkan isteri #fyp #abgtesla #poligami ♬ original sound – ABG.TESLA

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 24 Oct 2021

“Ini Bukan Gimik”- Sweet Qismina & Adam Lee Selamat Bertunang

Tahniah diucapkan buat pasangan sama cantik sama padan, Sweet Qismina dan Adam Lee yang mengikat tali pertunangan, petang tadi. Difahamkan, majlis berlangsung di sebuah premis persendirian di Ampang, dihadiri 20 tetamu dalam kalangan ahli keluarga […]

Hiburan Tue, 10 Dec 2019

“Bukan Mengandung…Itu Lemak!” – Adira Suhaimi

Takkan lah tak jadi cerai terus nak mengandung? Agak-agaklah kan?

Trending Mon, 3 Feb 2020
Featured Fri, 2 Apr 2021

Lebih 10 Tahun Penantian, Pelakon Irwansyah dan Isteri Timang Cahaya Mata

Setelah lebih 10 tahun menantikan kehadiran zuriat, pelakon Irwansyah dan isterinya, Zaskia Sungkar mengumumkan kelahiran seorang cahaya mata lelaki. Menerusi akaun Instagram, Irwansyah menzahirkan rasa syukur di atas kehadiran anak lelaki sulungnya itu. “Assalamualaikum, anak […]

Hiburan Mon, 8 Jul 2019
Hiburan Mon, 25 Dec 2017

KHLOE KARDASHIAN FINALLY ANNOUNCES PREGNANCY!

The TV reality show star has been hiding her baby bump for quite a while now!

Hiburan Tue, 7 Nov 2017

GEMPAR! KIP BUAT APA DI ARGENTINA

Siapa yang tidak kenal dengan “Super KIP” negara kan? Di awal usia 19 tahun , Khairul Idham Pawi atau “Super KIP” ini telah melakar sejarah dalam dunia permotoran Negara apabila muncul sebagai juara ketika perlumbaan di Argentina baru-baru ini.

error: Content is protected !!