Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir January 11, 2023 @ 4:57pm

Daiyan Trisha Terkilan Netizen Tuduh Dirinya ‘Ditaja’ Sugar Daddy – “Kenapa Bila Lelaki Berjaya…”

Pelakon dan penyanyi terkenal, Daiyan Trisha terkilan apabila segelintir netizen menuduh dirinya memiliki kemewahan pada usia muda kerana mempunyai ‘sugar daddy’.

Memetik laporan Gempak, dia menegaskan segala pencapaian yang dikecapinya pada hari ini merupakan hasil kerja kerasnya sendiri.

Malah, dia mengakui berkecil hati usaha dan penat lelahnya mencari rezeki disalah erti.

“Mungkin mereka rasa saya punya pencapaian tak cukup untuk apa yang saya ada sekarang kot. Saya tak tahu lah mungkin mereka tak follow, tapi peminat tak pernah persoalkan.

“Sebab peminat tahu saya ini macam mana. Bila orang cakap saya ada ‘sugar daddy’ tu, saya terasa sikit. Saya terkilan lah sebab saya dah kerja keras kan.

“Penat kerja, kau (netizen) cakap aku ada sugar daddy macam itu je,” katanya.

Menurutnya lagi, tuduhan yang dilemparkan itu berat dan seperti merendahkan usaha seorang wanita bahawa mereka boleh berjaya dengan usaha sendiri.

“Ia satu tuduhan yang berat dan melukakan hati. Ia juga menunjukkan bahawa seorang perempuan kalau berjaya itu mesti ada benda lain.

“Bukan sebab usaha dia, bakat dia, atau cara dia membawa diri. Kenapa mesti macam tu? Kenapa bila lelaki berjaya, kita tak ada pun cakap dia ada ‘sugar mommy’.

“Saya terasa sikit lah bila orang cakap macam itu tapi saya okay saja dan faham sebab kadang-kadang mereka pun ada persoalan antara satu sama lain,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Sep 2023

Bimbang Timbul Fitnah, Ruhil Amani Akui Sudah 4 Tahun Bercerai

Dah takde jodoh.. Semoga dipermudahkan buat Ruhil Amani

Hiburan Fri, 22 Mar 2019
Hiburan Tue, 19 May 2026

NSR Cari Penyanyi Wanita Baharu!

New Southern Records kini membuka peluang kepada bakat baharu wanita untuk menyerlah dalam industri muzik tempatan!

Trending Fri, 16 Oct 2020
Hiburan Tue, 7 Apr 2026

Hadiah Anniversary Ke-7 Perkahwinan Paling Indah, Nelydia Senrose Umum Hamil Anak Pertama

Nelydia Senrose menyifatkan kehadiran cahaya mata tersebut sebagai pelengkap genap tujuh tahun perkahwinannya bersama suami, Mohd Hafez

Featured Thu, 25 Aug 2022
Featured Thu, 12 Mar 2020
error: Content is protected !!