Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 19, 2026 @ 7:01am

NSR Cari Penyanyi Wanita Baharu!

New Southern Records kini membuka peluang kepada bakat baharu wanita untuk menyerlah dalam industri muzik tempatan menerusi ujibakat terbuka NSR Next Voice 2026 yang berlangsung secara dalam talian.

Menariknya, pihak NSR turut mengumumkan tarikh penyertaan program tersebut kini dilanjutkan sehingga 31 Mei 2026 bagi memberi lebih banyak peluang kepada peserta yang ingin mencuba nasib dan mempamerkan bakat mereka.

Inisiatif tersebut dianjurkan bagi mencari penyanyi wanita yang bukan sahaja memiliki vokal mantap, tetapi turut mempunyai identiti tersendiri serta potensi untuk berkembang sebagai artis rakaman profesional.

Selain itu, NSR juga melihat platform berkenaan sebagai ruang untuk melahirkan bakat serba boleh yang mampu memberi warna baharu kepada industri muzik Malaysia yang semakin berkembang.

Antara syarat utama penyertaan, peserta mestilah wanita warganegara Malaysia berusia antara 18 hingga 26 tahun serta masih bujang. Peserta juga perlu mempunyai personaliti menarik, mesra kamera, memiliki kemahiran komunikasi yang baik dan mampu bekerjasama secara profesional. Kebolehan menari atau bermain alat muzik turut dianggap sebagai satu kelebihan tambahan.

Bagi menyertai ujibakat ini, peserta hanya perlu merakam video nyanyian berdurasi maksimum satu minit menggunakan lagu pilihan sendiri sebelum dimuat naik ke TikTok atau Instagram menerusi akaun awam.

Peserta juga perlu menanda akaun rasmi @nsrmusicmy serta menggunakan tanda pagar #NSRNextVoice. Peserta yang berjaya disenarai pendek akan dihubungi pihak NSR untuk sesi ujibakat seterusnya.

Menurut pihak NSR, pemilihan lagu memainkan peranan penting dalam menarik perhatian juri kerana peserta digalakkan memilih lagu yang mampu menyerlahkan kemampuan vokal, emosi dan identiti tersendiri sebagai penyanyi.

Dalam masa sama, NSR berharap program tersebut dapat menjadi platform kepada bakat baharu untuk membina keyakinan diri dan membuka peluang lebih luas dalam industri hiburan tempatan.

Untuk perkembangan lanjut mengenai NSR Next Voice 2026, orang ramai boleh mengikuti platform media sosial rasmi NSR di Instagram, TikTok dan Facebook.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 Nov 2021

“Sangat Mencabar, Tapi Saya Rasa Saya Akan…” – Ismail Izzani Akui Sukar Buat Pilihan

Selalu macam tu kan penyanyi nak jadi pelakon, pelakon nak jadi penyanyi….

Hiburan Thu, 17 Nov 2022

Comelnya! Gelagat Eyra Hazali & Anak Buat Trend TikTok Raih Pujian Netizen

Anak kepada pelakon Eyra Hazali iaitu Hayder Qhalish sekali lagi mencuri tumpuan netizen dengan gelagat comelnya bersama ibunya. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik sendiri oleh Eyra di laman TikToknya ketika mereka berdua sedang […]

Featured Tue, 7 Mar 2023

“Sanggup Selam Dalam Tasik Demi Dekati Awak”- Ubah Gaya Rambut, Penampilan Amir Ahnaf Bikin Peminat Cair

Ramai kata tak dapat Nadhir Nasar ganti dengan Amir pun mereka okay!👀

Featured Mon, 19 Nov 2018
Trending Thu, 10 Sep 2020
Hiburan Wed, 29 May 2019

‘Cinta Kita’ Buah Tangan Baharu Projector Band

Wow! Buat pertama kali juga Razif rap dalam lagu ‘Cinta Kita’

error: Content is protected !!