Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 24, 2024 @ 6:53pm

Video Nakal Bukan Akibat Memberontak, Nonny Nadirah Bertegas Tak Pernah Alami Depresi – “Kalau Nak Follow Saya Kena Berfikiran Terbuka”

Pelakon sensasi, Nonny Nadirah menafikan tindakannya memuat naik aksi-aksi berbaur lucah yang dipaparkan di media sosial awal bulan lalu sebagai tanda memberontak dek kekecewaan terdahulu.

Memetik laporan Berita Harian, bekas peserta program realiti nyanyian ini tidak mengendahkan tanggapan negatif netizen terhadap dirinya.

Kata Nonny, pengikutnya haruslah mempunyai fikiran yang terbuka.

“Saya bukannya memberontak atau nak protes apa-apa. Bukan juga didorong perasaan sunyi.

“Bagi saya, media sosial adalah ruang berkongsi apa sahaja. Terpulang kepada setiap individu.

“Kalau suka boleh teruskan tengok, tak suka boleh ‘scroll’. Kalau nak jadi pengikut laman sosial saya kena berfikiran terbuka. Tak perlu nak hakimi saya,” katanya.

Nonny Nadirah

Sementara itu, Nonny berkata dia hanya mahu menjadi diri sendiri tanpa memikirkan tanggapan orang lain, sekaligus menepis dakwaan dirinya mengalami kemurungan.

“Sebelum ini, saya ada juga kongsi perkara positif. Sebagai artis dan dianggap idola, sudah tahu saya mahu menjadi contoh yang baik.

“Namun, masih juga kedengaran cakap-cakap belakang yang mempersoalkan niat baik saya.

“Mereka juga anggap saya mengalami depresi disebabkan entri yang saya muat naik dan melabel saya ‘kaki viral’.

“Ada nampak saya murung ke selama ini? Jadi, lantaklah apa yang netizen nak cakap. Saya malas nak ambil peduli,” tegasnya.

Sebelum ini, Nonny pernah mencetuskan kontroversi dengan memuat naik video membotakkan kepala dan menari sambil bertuala, selain pernah memuat naik foto separuh bogel, berendam dalam baldi.

Manakala, dalam hantaran berlainan, Nonny menegaskan dia hanya sekadar menjual produk dan tidak akan menjual tubuh badannya semata-mata demi cepat kaya.

Artikel Berkaitan: Niezam Zaidi Terkejut Bekas Kekasih Galak Kongsi Video S*ksi – “Nonny Nadirah Wanita Yang Baik & Kuat Bersedekah”

Artikel Berkaitan: Makin Panas! Berkemban & Terk*ngkang Sambil Promosi Produk…. Nonny Nadirah Buat Hal Lagi

Artikel Berkaitan: “Saya Jual Produk, Bukan Jual P***” – Nonny Nadirah Mengaku Seksi Tapi Tak Jual Diri Untuk Cepat Kaya

Artikel Berkaitan: Ligat Menari Sambil Berkemban, Nonny Nadirah Cetus Kontroversi Lagi!

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 7 Oct 2025
Featured Fri, 18 May 2018

Asyik Berselfie, Bayi 10 Bulan Maut Terlepas Dari Gendongan Ibu

Ibu bapa terlalu leka berselfie, akibatnya bayi 10 bulan meninggal dunia.

Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Sempoi Habis Majlis Perkahwinan Hilary Duff, Matthew Koma!

Pemuzik Dawes Taylor Goldsmith antara tetamu yang hadir termasuk saudara perempuan Hilary yang juga pelakon, Haylie Duff.

Featured Wed, 27 Oct 2021

Pecahkan Cermin 12 Kereta, Bekas Pesakit Mental Ditahan

Polis telah menahan seorang lelaki yang merupakan bekas sakit mental selepas memecahkan cermin 12 buah kereta di Jalan Sultan Abdul Samad, Banting, semalam. Memetik laporan daripada Utusan, lelaki berusia 39 tahun itu menghayunkan sebatang besi […]

Hiburan Thu, 18 Jun 2026

“Ingat Mama Papa Lupa…” – Yusoff Menangis Terharu Hari Jadi Diraikan Awal, Shahida Akui Anak Mudah Tersentuh

Yusoff berasa sangat terharu sehingga mengalirkan air mata kerana menyangka keluarganya terlupa hari lahirnya.

Hiburan Wed, 23 Nov 2022
Featured Wed, 21 Aug 2024
Hiburan Sun, 17 Dec 2023

“Bercakap Tak Guna Otak!” – Selar Bangsa Melayu Dengan Sifat Keji, Netizen Kecam Zul Yahya

Alamak! Rata-rata netizen tak bersetuju dengan kenyataan abang Zul Yahya 🫣😱

error: Content is protected !!