Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 16, 2023 @ 3:33pm

[VIDEO] Ali Puteh ‘Koyak’, Mengamuk Ketika Siaran Live Di TikTok – ” Kalau Depan-Depan Memang Aku Sepak Sekali”

Konflik antara pelawak Ali Puteh dan kakak Iparnya, Siti Norhidayah masih menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.

Mana taknya, terus-menerus menjadi mangsa kecaman, kini segelintir netizen sudah berani dan sanggup bergurau di luar batasan apabila  mengejek arwah bapa kepada pelawak tersebut.

Menerusi perkongsian di TikTok, Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan dikecam hebat apabila ada individu tampil memperlekehkan arwah bapanya sehingga menyebabkan dia gagal mengawal perasaan marahnya dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Bagaimanapaun, Ali menjelaskan, itu bukanlah kerana dia sudah ‘koyak’ dengan sindiran yang diberikan melainkan dia tidak gemar apabila orang di luar sana mengeheret ahli keuarganya yang lain dalam konflik yang berlaku.

“Kau nak apa dengan aku. Saya ‘live’ tadi tak baran pun. Ini bukan masalah baran atau ‘koyak’ tapi yang awak cakap tadi pasal bapa saya.

“Kau ingat ini zaman sekolah dulu ke tak biasa kena ejek nama bapa? Kau tahu ke bapa orang ada atau sudah tiada?

“Kurang ajar sangat, perempuan pula tu. Kalau depan-depan memang aku sepak sekali,” katanya.

@akubukanfavourite_ die mmg salah tp jgn smpai main makpak,makpak die mgkin xsuke dgn ape yg die buat..so netizen pun nk ke cam,ke cam die je da la..pape pun moga kak dayah dan anak nye akan dpt hak yg sepatutnya scepat mgkin..🙂#aliputihmengamuklive ♬ bunyi asal – ❤️Fa-Hana Yusof ☝️

 

Tidak bersetuju dengan tindakan yang disifatkan sebagai biadab, ada netizen tampil memberikan teguran agar  tidak menghina sesama manusia terutamanya mengaitkan nama ibu dan bapa.

Terdahulu,  Hidayah yang juga balu kepada pelawak popular, arwah Abam Bocey menggesa pelawak itu melunaskan bayaran sebanyak RM60,000 kepadanya seperti ditetapkan mahkamah atas saman fitnah tanpa menerusi kaedah ansuran.

@adimarshop Kerana mulut badan biasa. Jadi lah pengajaran untuk semua #panas #viral #ejek #nama #fyp #aliputeh ♬ original sound – Adi

 

ARTIKEL BERKAITAN: Ali Puteh Dakwa Jumpa Bangkai Mengkarung, Garam Kasar & Daun Bidara Depan Rumah Selepas Balu Abam Datang Melawat

ARTIKEL BERKAITAN:Ingin Semuka Dengan Individu Mengaku Jiran, Ali Puteh Minta Kemukakan Bukti & Hentikan Fitnah – “Orang Kalau Betul Tak Pakai Fake Account”

ARTIKEL BERKAITAN:Kesal Netizen Hambur Kata-Kata Tak Senonoh Kepada Isteri & Arwah Ibu, Jiran Dakwa Ali Puteh Ada Niat Buruk – “Dia Nak Rumah Tu”

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Sudah Lama Beri Masa & Ruang” – Hidayah Tak Setuju Ali Puteh Bayar RM60,000 Secara Ansuran!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 14 Mar 2023
Featured Sat, 1 Jan 2022

Bantuan Sehingga RM56,000 Buat Mangsa Banjir – PM

Baguslah ada bantuan macam ni at least kurangkan beban mangsa banjir yang terkesan teruk

Featured Wed, 6 May 2020

Petua elak kaki udang bertukar hitam apabila dimasak

Bila udang bersih, nak buat tomyam pun sedap

Hiburan Tue, 5 Mar 2019

Alycia 323 办「我不完美」音乐会

去年12月推出第二张专辑的Alycia,将敲定于3月23日举办《我不完美》音乐会。

Hiburan Fri, 4 May 2018

Selamat Pengantin Baru Azrinaz!

“Saya juga mahu hidup berpasangan seperti kalian semua lengkap melengkapi dalam meniti hari tua,” tulisnya…

Featured Wed, 29 Apr 2020
error: Content is protected !!