Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari February 14, 2023 @ 2:06pm

“Saya Sudah Lama Beri Masa & Ruang” – Hidayah Tak Setuju Ali Puteh Bayar RM60,000 Secara Ansuran!

Siti Norhidayah Mohd Ali atau mesra disapa Hidayah meminta adik iparnya, Ali Puteh untuk menyegerakan bayaran saman berjumlah RM60,000 kepadanya tanpa kaedah ansuran.

Memetik laporan Harian Metro, balu Allahyarham Abam Bocey itu menyatakan bahawa dia tidak bersetuju sekiranya Ali ingin membayar saman tersebut secara ansuran kerana sudah memberi tempoh yang lama.

Kata Hidayah, dia kini ingin memberi tumpuan terhadap kehidupannya bersama anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah dan perniagaan yang diusahakan.

“Saya tidak bersetuju dengan bayaran secara ansuran kerana perkara ini sudah diberi tempoh masa yanga agak lama serta peguam saya juga memberi notis selama 21 hari untuk memberi kerjasama, tetapi pihak sana (Ali) tidak memberi sebarang jawapan.

“Dengan ini, saya menegaskan untuk pihak sana segerakan bayaran tanpa sebarang ansuran kerana saya tidak mahu ada sebarang perkara yang tidak diingin berlaku agar tidak ada oerkara berbangkit kerana hal ini adalah perintah mahkamah yang jelas.

“Saya juga ingin fokus dengan kehidupan saya dan Hamzah (anak) serta bisnes saya. Jadi, saya minta permudahkan urusan saya dan bayar dalam kadar segera kerana saya telah beri ruang dan tempoh masa yang agak lama sebelum ini. Hal ini akan diketengahkan dengan tindakan segera jika pihak sana masih melengah-lengahkan dan tidak memberi kerjasama,” jelasnya kepada Harian Metro.

Malah, Hidayah turut memaklumkan bahawa peguamnya tidak menerima sebarang surat yang menyatakan Ali ingin membayar saman tersebut secara ansuran kepadanya.

Jelasnya lagi, proses pembayaran itu masih dalam perbincangan di antara peguam Ali dan peguamnya.

Untuk makluman, Mahkamah Sesyen telah memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya untuk membayar RM60,000 kerana memfitnahnya di Instagram dua tahun lalu

Artikel Berkaitan: Balu Arwah Abam Menang Saman Fitnah, Ali Puteh Diperintah Bayar RM60,000

Artikel Berkaitan: Balu Abam Bocey Rasa Belum Menang Kes Saman, Memilih Berdiam Diri

Artikel Berkaitan: Ali Puteh Akan Bayar Hutang RM60,000 Secara Ansurans, Tampil Dedah Sebab Tak Beri Kunci Rumah Pada Balu Abam…

Artikel Berkaitan: “1 Jam Saya Tunggu” – Lawat Rumah Bersempena 3 Tahun Pemergian, Balu Abam Bocey Kesal Tak Dibenarkan Masuk

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 6 Jul 2021
Hiburan Mon, 8 Sep 2025

Rebecca Nur Al Islam Syukur Dipermudah Urusan Masuk Raudhah – “Macam Tak Percaya…”

Rebecca Nur Al Islam tidak sangka urusan masuk Raudhah di Masjid Nabawi dipermudah

Featured Mon, 16 Jan 2023

Kekasih Datang Melawat Keluarga, Zarina Anjoulie Rupa-Rupanya Cucu Kerabat Diraja?

Wah tak sangka kan patut lah Anju cantik macam Nenda dia

Hiburan Fri, 8 Dec 2017

Ahli Lembaga Pengarah AirAsia Terbaru Neelofa

 Neelofa telah dilantik sebagai pengarah bebas bukan eksekutif syarikat penerbangan itu dan membuktikan dirinya bukan calang calang wanita dalam dunia perniagaan

Events Thu, 14 Nov 2019

The 2019 E! People’s Choice Awards Complete Winners List

Congratulations to the winners! You all deserve it!

Hiburan Wed, 7 Jun 2023
Featured Sat, 9 May 2026

“Masa Nak Dialog Kalahkan Drama Samarinda, Bila Dah Transfer Dia Ghost Kita” – Sheila Rusly Kesal Diperguna Peminjam Duit

Sheila Rusly meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir individu yang gemar meminjam wang namun menghilangkan diri selepas menerima bantuan.

Featured Mon, 12 Jun 2023
error: Content is protected !!