Euforia Bola 2026
Hiburan By: Dharnieya Nur Amelsa November 17, 2022 @ 2:59pm

Comelnya! Gelagat Eyra Hazali & Anak Buat Trend TikTok Raih Pujian Netizen

Anak kepada pelakon Eyra Hazali iaitu Hayder Qhalish sekali lagi mencuri tumpuan netizen dengan gelagat comelnya bersama ibunya.

Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik sendiri oleh Eyra di laman TikToknya ketika mereka berdua sedang mengikuti trend terkini TikTok menggunakan lagu Love Story nyanyian Taylor Swift.

Menerusi hantaran tersebut, Hayder sedang merakam ibunya menari sambil tersenyum melihatnya.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila Hayder meminta Eyra pula untuk merakamnya menari.

“Abang pulak! Abang pulak dance,” Kata Hayder di dalam video tersebut.

@eyrahazali21Hajat nak ikut trend tak kesampaian 🥹♬ Love Story (Taylor’s Version) – Taylor Swift

“Hajat nak ikut trend tak kesampaian,” tulis Eyra di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet tak keruan memuji kecomelan Hayder yang meminta-minta Eyra untuk merakamnya menari.

Malah, ada juga segelintir yang sudah lama menunggu mereka untuk mengikuti trend ini.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 2 juta tontonan, 418,000 tanda suka dan 5,737 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 14 Dec 2023
Trending Thu, 22 Apr 2021
Trending Thu, 27 Aug 2020

Tidak Perlu Catat Dan Simpan Suhu Badan

Ingat, jangan malas patuh SOP!

Fab Foodies! Sun, 22 Apr 2018

Rasai Pelbagai Jenis Kek Yang Pastinya Buat Anda Sanggup Beratur Berjam-jam!

Bukan sahaja boleh makan kek yang fresh from the oven tau, anda juga boleh belajar cara untuk baking bersama teman rapat dan anak-anak anda!

error: Content is protected !!