Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin April 22, 2021 @ 5:08pm

Bantuan Kewangan Sehingga RM500 Buat Penjawat Awam, Pesara Bermula…

Berita baik bagi mereka yang bekerja sebagai penjawat awam apabila kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah serta RM250 untuk pesara kerajaan.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya memaklumkan, pemberian berkenaan turut membabitkan kakitangan lantikan kontrak, pegawai sambilan harian (PSH), kontrak untuk perkhidmatan serta lantikan di bawah MySTEP.

Selain itu, pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 6 Mei depan.

“Bantuan khas tersebut akan memanfaatkan lebih 2 juta penjawat awam dan pesara,” katanya.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini adalah sebagai menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi krisis Covid-19.

Disamping itu, kerajaan berharap dengan pemberian bantuan ini sekaligus dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

 

 

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 13 Oct 2019

Bayi Comel Bercampur Najis Ditemui Dalam Tong Sampah

Netizen Berang Dengan Pelaku Zalim Buang Anak

Featured Fri, 19 Aug 2022

Akibat Harta Pusaka, Individu 70 Tahun Tikam Adik Sebelum Gantung Diri

Pasal harta sesiapa ja boleh bertindak luar kawalan😌

Featured Fri, 21 Oct 2022
Featured Mon, 31 Oct 2022
Hiburan Sat, 13 Dec 2025

“Apa Pun Berlaku, Dia Tetap Ibu Saya” – Anna Jobling Pilih Berdamai

Anna Joblinh dan ibunya dilihat berpelukan di karpet merah ABPBH37

Trending Thu, 1 Sep 2022
error: Content is protected !!