Euforia Bola 2026
Trending By: Khairil Khusyairi September 1, 2022 @ 12:21pm

“Saya Tidak Pernah Bermusuhan Dengan Exists” – Ezad Lazim Jawab Dakwaan Disisihkan Sebagai Vokalis

Umum mengetahui, kumpulan Exists bakal mengadakan Konsert Resolusi Exists pada 18 November depan, namun ketiadaan vokalisnya iaitu Ezad Lazim pada konsert itu nanti menjadi tanda tanya kononnya berlaku perselisihan faham antara mereka.

Tampil menjelaskan perkara tersebut, Ezad atau nama penuhnya Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 43, menyangkal dakwaan tersebut dan memberitahu ketiadaan dirinya disebabkan sudah terikat dengan komitmen lain sebelum perancangan konsert itu sehingga terpaksa menolak tawaran bergabung dengan kumpulan Exists.

“Selepas pengumuman konsert tersebut ramai bertanya adakah saya disisihkan daripada Exists sehinggakan apabila saya buat status luahan di laman sosial pun ada yang salah anggap.

“Saya dan Exists tidak pernah bermusuhan dan kami pernah berbincang tentang konsert itu sebelum ini. Malah saya yang akan jadi vokalis utama pada persembahan itu nanti.

“Bagaimanapun disebabkan komitmen kerja dan jadual yang padat sepanjang November nanti, saya mengambil keputusan untuk tidak terlibat,” katanya

Tambah Ezad, dia bersama Exists ada berbincang dengan pihak penganjur untuk mengubah tarikh konsert agar dia boleh menyertai persembahan itu namun ia tidak dapat dilaksanakan.

Ezad juga bakal tampil dengan persembahan mini di Pulau Langkawi pada November nanti berharap acara itu tidak dilihat sebagai satu saingan dengan Konsert Resolusi Exists kerana persembahan itu sudah dirancang terlebih awal dan kebetulan diadakan pada bulan sama dengan konsert tersebut.

“Saya sendiri akan mengadakan mini showcase pada 25 dan 26 November depan di Pulau Langkawi. Tiada niat bersaing, cuma tak sangka persembahan yang sudah dirancang lebih awal diadakan pada bulan sama,” jelasnya.

Konsert Resolusi Exists menampilkan tiga vokalis iaitu Mamat, Pasha dan Eiz yang akan mendendangkan lagu-lagu popular kumpulan tersebut dan tiket konsert boleh didapati di www.ticket2u.com.my pada harga serendah RM190.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 May 2026

Anna Jobling Anggap Peminat Sebahagian Daripada Hidupnya – “Mereka Banyak Berkorban Masa Untuk Saya”

Anna juga mengakui dirinya gemar meluangkan masa bersama peminat termasuk mengajak mereka menyertai aktiviti dianjurkan sempena acara tertentu.

Featured Tue, 7 Feb 2023
Featured Fri, 3 Mar 2023
Featured Wed, 18 Jun 2025

Difitnah Terima Rawatan Dari Bomoh Thailand, Azharina Buat Laporan Polis – “Ini Serangan Terhadap Saya Sebagai Wanita”

Azharina bengang apabila individu tidak bertanggungjawab mendakwanya berjumpa bomoh di Thailand.

Featured Wed, 14 Apr 2021

2 Pelajar Malaysia Diterima Masuk Ke Universiti Harvard

Dua orang pelajar Malaysia menjadi inspirasi ramai apabila berjaya diterima masuk ke Universiti Harvard. Kedua dua pelajar tersebut ialah Jarell Cheong Tze Wen dan Muhammad Hamdi Ahmad Hakimi yang berasal dari Kuantan, mereka bakal memasuki […]

Trending Thu, 6 May 2021
Trending Sun, 28 Oct 2018

Isteri Mati Dipercayai Ditetak Suami

Tragedi Di Dapur Rumah, Isteri Mati Dipercayai Ditetak Suami

error: Content is protected !!