Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Khairil Khusyairi July 20, 2023 @ 12:50pm

Murid Dakwa Guru Besar Rotan Hingga Cedera Gara-Gara Tak Siap ‘Homework’, Ibu Beri Respons: “Boleh Rotan Tapi Jangan Sampai Cedera”

Gara-gara tidak menyiapkan kerja sekolah, seorang murid lelaki Tahun Lima sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Segamat, cedera di badan dan muka selepas didakwa dirotan guru besar sekolah itu.

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian menerusi laman Facebook Polis Daerah Segamat kira-kira jam 11 malam semalam.

Susulan maklumat diterima, pihaknya meminta mangsa hadir ke balai polis bagi membuat laporan berhubung kejadian.

“Pada jam 12.10 tengah malam, satu laporan polis dibuat ibu mangsa mengatakan anaknya cedera di leher kiri, bahu kiri dan calar di pipi akibat dirotan guru besar wanita berusia 50-an.

“Siasatan awal mendapati pelajar itu dirotan kerana gagal menyiapkan kerja sekolah dan bersikap sambil lewa ketika sesi pembelajaran di sekolah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Zamry berkata, susulan polis itu pihaknya sudah mengambil keterangan daripada guru berkenaan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, menurut laporan Utusan, ibu kepada murid tahun lima tersebut, A. Saraswathy, 41, bersetuju dengan tindakan seorang guru besar merotan anaknya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah tetapi jangan sehingga mencederakan.

“Ketika saya sekolah dulu, guru dibenarkan merotan, tetapi merotan yang tidak mencederakan. Ketika itu tidak jadi kesalahan pun (guru rotan murid). Tetapi bezanya sekarang ini ada segelintir guru yang merotan sehingga tahap keterlaluan seolah-olah melepaskan geram.

“Dalam situasi yang tertentu, kita kena balik pada yang asas, tidak salah rotan untuk mendidik tetapi bukan mencederakan dan mendatangkan trauma seperti yang berlaku kepada anak saya,” jelasnya.

Saraswathy mengakui dia juga pernah dirotan mendiang bapanya, Arumugam Letchumanan sewaktu kecil.

Sumber: Berita Harian & Utusan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 8 Mar 2018

丧心「巨鼻给皂器」手感超真实

你会把擤出来的鼻涕往身上抹吗?这听起来有点恶心,但几乎人人在小时候都做过的行为,现在又要「卷土重来」进入你的人生了。你洗澡的时候可以轻松把绿鼻涕抹到身上……

Hiburan Mon, 5 Aug 2024

“Status Hubungan Dengan Jazmy Juma Biarlah Rahsia” –  Scha Elinnea

Dia ambil berat tentang saya, penyayang dan sangat lemah lembut – Scha Elinnea

Featured Wed, 3 May 2023

Anna Jobling Sebak, Sempat Penuhi Impian Bertemu Peminat Cilik Menderita Penyakit Otot

Baik betul Anna ni, kita doakan moga adik Sofia kembali sembuh💖

Hiburan Thu, 25 Apr 2024
Trending Wed, 8 Jul 2020
Trending Wed, 11 Jul 2018

马上找「这种叶子」蟑螂再也不敢出现!

蟑螂到处都在,而蟑螂不死的生命力也让人相当头痛……

error: Content is protected !!