Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi April 25, 2024 @ 3:20pm

Tom Dedah Sarah Yasmine Ada DM & Call Fuad Rahman Sejak 2022, Beri Amaran Jangan Ganggu Rumah Tangga

Penyanyi Tom mendedahkan wanita yang didakwa ‘kekasih gelap’ aktor kontroversi, Aliff Aziz yang bernama Sarah Yasmine ada menghantar mesej langsung (DM) kepada suaminya yang juga penyanyi, Fuad Rahman.

Menerusi muat naik di Instagram (IG), Tom atau nama sebenarnya  Raja Farah Azal Raja Ikram, mendedahkan perbualan mesej di mana Sarah Yasmine ada berhubung dengan Fuad.

Menerusi pendedahan Tom itu, kali pertama Sarah Yasmine menghantar DM kepada Fuad adalah pada Oktober 2022.

Dan yang terbaharu, Sarah Yasmine turut menghantar DM kepada Fuad pada 16 April lalu dengan meminta Fuad untuk menghubunginya jika sudah bangun.

Dalam DM tersebut juga Sarah Yasmine memaklumkan tujuan dia meminta Fuad menghubunginya kerana mahu berbincang soal rakan Fuad yang memerlukan bantuan.

Malah, Sarah Yasmine juga turut membuat panggilan terhadap Fuad namun tidak dijawab.

Tidak terhenti di situ, Sarah Yasmine sekali menghantar DM kepada Fuad pada Isnin lalu kerana mahu menghubungi Fuad.

Kata Tom, dia dan Fuad enggan memasuki urusan yang hangat diperkatakan kini.

Jelas Tom lagi, dia dan Fuad juga mempunyai banyak lagi perkara untuk difikirkan.

Tom juga turut memberi amaran kepada Sarah Yasmine untuk berhenti menghantar DM dan membuat panggilan kepada Fuad.

Sarah Yasmine

“Alamak kenapa pula Sarah Yasmine mesej laki aku? Fuad beritahu saya dia dapat mesej dan dia call banyak kali.

“Sarah Yasmine, kita orang tak nak masuk campur, Fuad tak nak masuk campur hal apa yang terjadi sekarang ni. Kes viral ni kita orang tak nak masuk campur.

“Kita orang ada masalah kita orang sendiri, baju pun tak berlipat lagi. Jadi kita orang banyak masalah sendiri yang kami sendiri pun sakit kepala nak uruskan.

“Fuad tak nak masuk campur hal-hal orang lain. Tolong berhenti mesej suami saya dan berhenti hubungi suami saya. Ini amaran daripada saya. Kami tak nak masuk campur, tolong,” ujar Tom.

Sekadar info, kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula selepas Aliff ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.

Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminha itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.

Walau bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguh susulan ketidakhadiran Aliff yang terikat dengan penggambaran drama ‘Terjerat’.

Aliff bagaimanapaun enggan melafazkan cerai pada sebutan kes cerainya dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada hari ini dan mahkamah menetapkan 4 Jun ini sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Sehinggalah pada Selasa lalu, seorang wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine mengakui  ‘kekasih gelap’ kepada Aliff dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

Menurut Sarah, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan seorang aktres pada Mac lalu.

Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella.

Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

ARTIKEL BERKAITAN: “Panggil Bini B*b*, P*k*m*k Tapi Kat Mahkamah Tak Nak Lepaskan” – Netizen Bengang Aliff Aziz Guna Kata Kesat Kepada Bella Astillah 

ARTIKEL BERKAITAN: Bukti WhatsApp Antara Aliff Aziz & Ruhainies Didedahkan, Nama ‘Emma’ & ‘Chacha’ Pun Kena Petik Sebab Dakwa Bella Astillah Try Hard?

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Terkait Isu Ruhainies, Aliff Aziz & Bella Astillah… Emma Maembong Akui Khilaf, Nafi Back-Up Mana-Mana Pihak

ARTIKEL BERKAITAN: Sarah Yasmine Dedah Caprice ‘Dalang’, Siap Susun ‘Plan’ Untuk Aliff Aziz & Ruhainies – “Semua Benda Datang Dari Dia”

ARTIKEL BERKAITAN: “Apa Saja Yang Digunakan Pihak Sana Adalah Perkara Lama Semata Nak Tutup Kes Khalwat” – Bella Astillah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 Sep 2025
Hiburan Mon, 2 Dec 2024
Featured Thu, 26 Oct 2023
Hiburan Thu, 18 Jul 2024
Hiburan Sat, 25 Apr 2026
Hiburan Sun, 4 Feb 2018

女神卡卡病情恶化!取消最后10场巡演

女神卡卡(Lady Gaga)因为纤维肌痛症2017年9月无预警宣布暂退歌坛,巡演也都喊卡,希望可以把身体调养到健康的状态,没想到近来她的病情不仅没有好转,而且还恶化了,3日宣布取消欧洲的最后10场巡演,让粉丝都非常担心她的健康状况。

Hiburan Thu, 1 Nov 2018

Oh La La…Pertama Kali Dengar Terus Jatuh Chinta!

Saya mahu lagu gamelan Melayu yang diberi nafas baru ini dibawa ke peringkat antarabangsa.

Hiburan Tue, 7 Nov 2023
error: Content is protected !!