Hiburan By: Khairil Khusyairi April 25, 2024 @ 12:25pm

“Panggil Bini B*b*, P*k*m*k Tapi Kat Mahkamah Tak Nak Lepaskan” – Netizen Bengang Aliff Aziz Guna Kata Kesat Kepada Bella Astillah 

Kecoh di media sosial kini mengenai kemelut rumah tangga antara pelakon kontroversi Aliff Aziz bersama isteri, Bella Astillah selepas wanita yang didakwa ‘kekasih gelap’ Aliff mendedahkan lagi bukti kecurangan Aliff.

Semalam, nama ‘kekasih gelap’ Aliff yang bernama Sarah Yasmine sekali lagi kecoh apabila mendedahkan perbualan WhatsApp yang didakwa antara Aliff dan aktres sensasi, Ruhainies.

Dalam pendedahan panjang tersebut, Sarah Yasmine membongkar semua perbualan sehingga membuatkan ramai tertarik dengan satu hantaran memaparkan penggunaan kata singkatan ‘L U’, ‘L U M, dan ‘M U S M’ yang dipercayai digunakan Aliff dan Ruhainies.

Menjengah ke media sosial pula, rata-rata warganet meluahkan pelbagai reaksi terhadap pendedahan wanita asal Singapura itu.

Antaranya, ramai berasa berang apabila Aliff mengeluarkan kata-kata kesat kepada isterinya, Bella Astillah dalam perbualan mesej bersama Ruhainies.

Ada juga menyifatkan tindakan Aliff itu sangat berlebihan sehingga membuatkan ramai emosi membaca pendedahan tersebut.

“Ya Allah Allif Aziz, how dare you b*b* p*k*m*k your own wife? Eh aku emosi!,” luah seorang pengguna.

“Loan kereta pun tak boleh bayar, lepas tu berani untuk p*k*m*k-kan Bella. Bro is so f*cking low class. Pathetic,” komen warganet berang.

“Panggil bini b*b* p*k*m*k  tapi kat mahkamah tak nak lepaskan lol,” tulis netizen lain.

Aliff Aziz Aliff Aziz

Terdahulu, Bella Astillah menyifatkan pendedahan yang dibuat wanita yang bernama Sarah Yasmine mengenai hubungan bersama suaminya, Aliff Aziz dapat mengukuhkan lagi bukti di mahkamah kelak.

Sekadar info, kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula selepas Aliff ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.

Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminha itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.

Walau bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguh susulan ketidakhadiran Aliff yang terikat dengan penggambaran drama ‘Terjerat’.

Aliff bagaimanapaun enggan melafazkan cerai pada sebutan kes cerainya dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada hari ini dan mahkamah menetapkan 4 Jun ini sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Sehinggalah pada Selasa lalu, seorang wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine mengakui ‘kekasih gelap’ kepada Aliff dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

Menurut Sarah, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan seorang aktres pada Mac lalu.

Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella.

Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukti WhatsApp Antara Aliff Aziz & Ruhainies Didedahkan, Nama ‘Emma’ & ‘Chacha’ Pun Kena Petik Sebab Dakwa Bella Astillah Try Hard?

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Terkait Isu Ruhainies, Aliff Aziz & Bella Astillah… Emma Maembong Akui Khilaf, Nafi Back-Up Mana-Mana Pihak

ARTIKEL BERKAITAN: Sarah Yasmine Dedah Caprice ‘Dalang’, Siap Susun ‘Plan’ Untuk Aliff Aziz & Ruhainies – “Semua Benda Datang Dari Dia”

ARTIKEL BERKAITAN: “Apa Saja Yang Digunakan Pihak Sana Adalah Perkara Lama Semata Nak Tutup Kes Khalwat” – Bella Astillah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 11 Oct 2023

Nabil Mahir Tak Bagi ‘Ikat Peranakan’, Ayda Jebat Menangis Gara-Gara…

Min pun terharu dengar.. Sangat tak pentingkan diri suami Ayda ni

Hiburan Sat, 16 Dec 2017

WESTLIFE WILL BE HAVING A REUNION IN 2018, BUT THERE’S A TWIST

Westlife fans must be going crazy at this news right now but hold your horses, because it won’t be a full reunion!

Hiburan Thu, 15 Mar 2018

“Cuba Rampas Suami Saya, Tengok Apa Jadi”‘

“Kalau ada pilihan untuk mengahwini lelaki bujang, mengapa perlu mencari suami orang?”

Trending Thu, 25 Jul 2019

Bahaya Penyakit Sinus, Muka Bengkak 3X Ganda

membengkak tiga hingga empat kali ganda saiz dari biasanya

Hiburan Sat, 4 Jan 2020
Featured Mon, 11 Oct 2021

“Bukan Mudah Untuk Tarik Perhatian..” – Kendalikan ABPBH 34 Secara Solo, Sherry Alhadad Akui Gementar

Pengacara berbakat, Sherry Alhadad kembali mengemudi pentas Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-34 sebagai pengacara buat tahun ini. Menerusi sidang media maya ABPBH 34, Sherry mengakui perasaaan bercampur baur apabila mendapat tahu bakal mengendalikan majlis […]