Featured By: Salma Syahbuddin March 21, 2024 @ 9:00am

Tonton Saji Filem Seram & Komedi “Macam Dulu-Dulu” Sempena Ramadan Raya Ini!

Bagi peminat drama seram dan komedi, Tonton bakal menyajikan kembali tayangan klasik menerusi beberapa segmen iaitu Segmen Seram Malam: Seram, Debaran Sepanjang Ramadan dan juga “Raya Dulu-Dulu: Girang dan Tawa”.

Bagi segmen Seram Malam, Tonton kembali dengan tayangan klasik drama seram popular berjudul, Puaka Niang Rapik.

Drama berunsur mistik dan percintaan ini mengisahkan tentang sebuah kampung yang dihuni oleh penduduk yang terlalu mempercayai perbuatan syirik. Mereka percaya bahawa kampung itu telah mendapat kutukan dari Niyang Sakti yang dipercayai akan muncul menuntut persembahan korban setiap kali sambutan Maal Hijrah.

Drama popular sekitar tahun 2008 ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti, Ashraf Muslim, Liyana Jasmay, Abu Bakar Juah, Khatijah Tan dan Fauzi Nawawi.

Selain itu, drama Susuk juga antara yang menjadi senarai main (playlist) yang telah dipilih Tonton untuk hiburan anda.

Mengisahkan tentang Soraya yang ingin mengejar cita-citanya untuk menjadi bintang popular, sehingga sanggup mengamalkan ilmu hitam.

Namun tanpa diduga, Soraya terpaksa memenuhi syarat berat untuk sentiasa kelihatan cantik. Filem penuh seram keluaran Primeworks Studios ini dibintangi Diana Rafar, Ida Nerina, Adlin Aman Ramli & Hairie Othman.

Tidak ketinggalan, tayangan filem seram komedi yang popular pada tahun 2004 arahan Profesor Madya Datuk Abdul Razak Mohaideen berjudul I Knwo What You Did Last Raya ini akan ditayangkan semula untuk tontonan anda.

Filem seram bergenre komedi ini dibintangi oleh Waheeda, Lan Senario, Erra Fazira dan Azlee Senario.

Kisah bermula apabila Dr. Mira dan kawan-kawannya, Roslan, Fazzley, Yassir dan Shahida diculik oleh penjahat bernama Man. Penculikan ini adalah disebabkan oleh dendam yang telah sekian lama tersimpan. Di sebalik penculikan itu, terbongkar misteri yang berlaku pada malam raya menyebabkan satu kampung menjadi huru-hara.

Bukan itu sahaja, filem lain yang turut menghiburkan anda adalah, filem Gong yang mengisahkan tentang sekumpulan pelajar universiti dari Malaysia yang ingin melakukan kajian sejarah terhadap kerajaan kuno di Pulau Jawa.

Bagaimanapun, kedatangan mereka telah membongkar misteri tentang gong lama yang dicuri oleh salah seorang pelajar tersebut. Gong yang kononnya ingin dijadikan bahan kajian sejarah itu telah menimbulkan pelbagai gangguan dan mereka ingin merungkai misteri disebaliknya.

Antara pelakon yang terlibat adalah, Fasha Sandha, Jehan Miskin, Sharifah Sofia dan Elyana.

Dan, untuk drama seram malam terakhir, Kekasihku Seru dipertontonkan semula kepada anda.

Drama rantaian 13 episod yang diarahkan oleh pengarah terkenal, Kabir Bhatia ini mengisahkan tentang misteri yang bermula apabila Marisa mendapat tahu dia merupakan seorang anak angkat.

Keinginan untuk tahu siapakah keluarga sebenarnya membuatkan Marisa terjebak ke alam penuh mistik.

Marisa bertemu dengan pasangan adik-beradik Mas Suri, Mas Ayu dan Mas Lela. Marisa pulang untuk mencari ibu kandungnya dan kebetulan pula bertemu dengan Arshad, pemuda yang dikurniakan kelebihan dapat melihat makhluk ghaib dan dihantui dengan roh isteri dan anaknya setelah kemalangan yang meragut nyawa mereka. Drama ini turut dibintangi oleh Datuk Fizz Fairuz, Emelda Rosmila, Datin Seri Umie Aida & Hairie Othman.

Tidak habis disitu, rancangan raya macam dulu-dulu diteruskan lagi dengan gelak ketawa bersama Tonton!

Sitkom yang menggamit memori lama, Pi Mai Pi Mai Tang Tu kembali lagi! Telatah dan lakonan daripada Zami Ismail, Imuda, Ahmad Busu, Angeline Tan dan Sabri Yunus sudah tentunya mencuit hati anda semua terutamanya dengan keletah suasana Hari Raya.

Sebut sahaja Rumah Kedai, pastinya drama bersiri ini bakal menggamit memori bukan? Rumah Kedai sarat dengan kisah-kisah yang memberi tauladan baik kepada masyarakat di mana Pak Halim sentiasa memberi nasihat berunsur keagamaan di pengakhiran setiap episod secara lawak dan santai.

Drama yang menjadi nostalgia ini dibintangi oleh Yusof Mohamad, Dian P. Ramlee, Khatijah Tan, Sudiro Sukiman, Harun Salim Bachik dan Rosnah Mat Aris.

Sedia untuk bergelak ketawa dengan “Senario The Series”. Menampilkan kumpulan lawak legenda Senario seperti Azlee, Wahid, Lan Pet Pet, Saiful Apek dan Yassin, siri ini tentunya membuatkan penonton gelak dengan hilai tawa apabila melihat lakonan mereka. Ada sahaja benda yang boleh dijadikan lawak dan membuatkan semua terhibur.

Spanar Jaya juga kini dapat dilayari di Tonton. Mengisahkan tentang situasi di sebuah bengkel membaiki kereta yang memaparkan pelbagai isu semasa disamping,  pemuda bernama Iskandar yang merupakan lulusan Universiti luar negara dalam bidang kejuruteraan yang bekerja di bengkel milik Pak Selamat.

Sertai gelak dan tawa di “Spanar Jaya,” dibintangi Zaibo, Opie Zami, Wardina, Ahmad Idham. Sebuah sitkom yang menjanjikan keriangan  di musim perayaan.

Ops! Filem lawak dari kumpulan popular Senario berjudul  “Lagi-Lagi Senario” pastinya bakal membuatkan geli hati. Mana taknya, filem ini akan mengembalikan zaman kegemilangan kumpulan Senario yang dianggotai oleh Azlee, Wahid, Lan Pet Pet, Saiful Apek, Yassin dan Wardina Safiyyah.

Saksikan perbalahan antara dua peniaga kedai makan yang melakukan pelbagai cara untuk mempertahankan perniagaan masing-masing yang kemudian berakhir dengan sebuah keharmonian. 

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman seram dengan pelbagai rancangan menarik yang ditawarkan di Tonton.

Jadikan pengalaman Ramadan Raya anda bermakna dengan melayari platform Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play atau App Store untuk menyaksikan himpunan cerita cerita menarik sepanjang Ramadan Raya ini! Anda juga boleh tonton di SMART TV! Semua feveret anda RM 9.90 jer.

Ikuti juga perkembangan terkini Tonton di media sosial menggunakan hashtag #TontonRamadanRaya, #SeramMalam, dan #RayaDuluDulu. Untuk informasi terkini tentang rancangan kegemaran anda, lawati Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram Tonton di @tontonmy.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 25 Apr 2019

Sisi Matang Aziz Harun Dalam ‘Jauh’

Selepas kejayaan ‘Senyum’ dan ‘Jangan’, Aziz Harun kembali dengan single terbaru berjudul Jauh. ‘Jauh’ mengisahkan tentang hubungan yang tidak berhasil dan menerusi liriknya, Aziz menggambarkan usahanya untuk mengekalkan hubungan itu, namun perkara-perkara yang diharapkannya itu tidak […]

Trending Mon, 26 Jul 2021

“Anak-Anak Tengah Demam, Kandungan Dah Masuk 7 Bulan” – Pembantu Rumah Positif Covid-19, Siti Sarah Risaukan Baby Dalam Perut

Penyanyi dan usahawan Siti Sarah Raissuddin berkongsi berita duka apabila pembantu rumahnya disahkan positif Covid-19 semalam. Sarah bersama suaminya, pelawak Shuib dan anak-anak mereka, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, […]

Hiburan Thu, 26 Dec 2019

Pujuk Isteri, Ada Apa Dengan Tajul?

Terus-terang, saya mohon maaf kepada isteri…

Hiburan Sun, 20 Oct 2019

“Kalau Nak Buka Aib, Dah Banyak Saya Boleh Ceritakan, Tapi…” – Datin Rebecca Nur Islam

Selepas mendirikan rumahtangga dengan Dato’ Nur Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011, pelakon, Datin Rebecca Nur Islam menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarganya, lebih-lebih lagi selepas mempunyai enam orang cahaya mata, sudah tentu masa banyak diluangkan […]

#tilljannah Mon, 25 Oct 2021

“One Step Closer” – Latif Romly Selamat Bertunang Dengan Kekasih Hati

Jaguh lompat jauh negara, Latif Romly atau nama sebenarnya Abdul Latif bin Romly telah selamat melangsungkan pertunangan dengan wanita pilihan hatinya dalam satu majlis yang berlangsung di Kangar, Perlis pada Sabtu. Pemenang pingat emas negara […]

Kisah Viral Thu, 2 Nov 2023
Trending Wed, 11 Nov 2020