Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 21, 2021 @ 9:34am

Pilih Tarikh 21.12.21, Uyaina Arshad Selamat Bernikah Dengan Raja Syahiran

Pengacara Uyaina Arshad, 29, selamat mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Raja Syahiran, 28, pada jam 9.03 pagi tadi di Colony Star Boulevard, KLCC dengan sekali lafaz.

Memilih 21.12.21 sebagai tarikh istimewa, merpati dua sejoli ini dinikahkan oleh abang kandung Uyaina iaitu Mohd Attaful Uzair Arshad bersaksikan Pendaftar Penikahan Perceraian dan Rujuk Orang Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan, Mohd Abd Nasir Abdullah serta dua orang saksi.

Syahiran atau nama penuhnya, Raja Syahiran Raja Azhanrianshah menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin dan gelang tangan emas buat Uyaina namun mereka merahsiakan jumlah wang hantaran.

Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkata, dia bersyukur apabila majlis bahagianya berjalan seperti apa yang dirancang.

“Alhamdulillah, majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar pagi ini. Sebenarnya, kami sudah merancang pernikahan ini sejak beberapa bulan lalu namun banyak pertukaran dari segi perancangan majlis.

“Ia berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang cepat berubah dan terkini. Selain itu, kejadian banjir terburuk yang berlaku pada dua hari sebelum nikah turut memberi cabaran kepada kami,” katanya.

Tambah Uyaina, dia dan Syahiran memilih Eropah sebagai destinasi bulan madu namun terpaksa menangguhkan hasrat itu disebabkan varian baharu Covid-19.

“Buat masa ini, kami bercadang untuk melawat keluarga dan saudara mara yang tidak dapat menghadiri majlis pernikahan untuk memperkenalkan satu sama lain dengan keluarga besar masing-masing,” katanya.

Pada majlis itu, kira-kira 100 tetamu dalam kalangan ahli keluarga dan rakan terdekay menghadiri hari bahagia Uyaina dan Syahiran.

Selain itu, #HinggaAkhirWaktu juga menjadi tanda pagar pilihan pasangan ini yang mana menjadi judul lagu ciptaan Syahiran bersama Uyaina. Lagu terbabit dihadiahkan oleh ibu Uyaina, Siti Noor Farah.

Muzik video lagu #HinggaAkhirWaktu ini akan dilancarkan pada Januari depan.

Pasangan selebriti ini mula berkenalan pada awal 2019 di sebuah program televisyen dan Uyaina menerima rombangan merisik keluarga Syahiran pada Julai 2019.

Foto: CST Production

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Mar 2023

Sharnaaz Ahmad Titip Nota Untuk Hafidz Roshdi – “Cepat Sembuh & Kembali Betulkan…”

Tolonglah jangan mencurah minyak pada api – Sharnaaz Ahmad

Hiburan Tue, 12 Mar 2024
Trending Sun, 11 Mar 2018

Top 8 Craziest Things Malaysian Kids Used to Do When Our Parents Weren’t Home

When our parents are not at home, we kids rule the house!

Hiburan Sat, 27 Dec 2025

Video Didakwa Sambut Krismas Undang Boikot… Pekin Ibrahim Kunci Mulut, Mona Allen Pula Kongsi Mesej Dakwah

Pekin Ibrahim, Mona Allen terus kunci mulut susulan dakwaan sambut Krismas

error: Content is protected !!